???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Tokoh Perbankan Negara terima Ijazah Kehormat Doktor Kewangan UPM

SERDANG, 25 November – Tokoh Perbankan Negara, Tan Sri Azman Hashim telah menerima Ijazah Kehormat Doktor Kewangan Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Majlis Konvokesyen UPM ke-47 Sidang 2 hari ini, di sini. 

Tan Sri Azman merupakan bekas Pengerusi AmBank Group dan Pengerusi beberapa badan lain antaranya Perdana Leadership Foundation, East Asia Business Council (EABC), Malaysia-Japan Economic Association (MAJECA) Friends of Prison Association dan Financial Industry Collective Outreach (FINCO). 

Sumbangan Tan Sri Azman yang juga dikenali sebagai seorang filantropi korporat yang bersifat dermawan bagi melonjakkan industri pengajian tinggi antaranya penubuhan Yayasan Azman Hashim yang aktif menyalurkan pelbagai bentuk sumbangan kewangan kepada pelbagai golongan penerima. 

Beliau juga telah menerima pelbagai anugerah dari serata dunia iaitu Asia’s Banker of the Year pada tahun 1985 oleh ASEAN Finance, dianugerahkan The Order of The Rising Sun, Gold Rays with Neck Ribbon oleh Maharaja Jepun pada tahun 1987.

Tan Sri Azman turut menerima The Oder of Australia oleh Gabenor Jeneral Komanwel Australia pada Julai 2008. Kemudiannya, pada tahun 2009, beliau mendapat anugerah “Lifetime Achievement Award” semasa 4th Annual Islamic Business and Finance Awards di Dubai.

Selain itu, pada tahun 2016 beliau diberikan “Islamic Finance Pioneering Initiative Award” oleh Islamic Banking Finance Institute Malaysia dan menerima anugerah The Order of the Rising Sun, Gold and Silver Star oleh Maharaja Jepun pada tahun 2021.

Pada tahun 2022 beliau juga telah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat Wilayah Persekutuan 1444H/2022M. 

Dekan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE), UPM, Prof. Dr. Bany Ariffin Amin Noordin berkata, pemilihan Tan Sri Azman adalah tepat dan berharap dapat menjalinkan hubungan sinergi bersama industri untuk bertukar pandangan yang boleh dimanfaatkan kepada pelajar dan staf pensyarah.

“Berdasarkan ilmu kewangan serta pencapaian beliau ianya boleh dimanfaat kepada warga kampus sejajar dengan hasrat universiti untuk melahirkan graduan yang holistik serta berkemahiran tinggi,” katanya

Tuanku Canselor UPM, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan menyampai ijazah kehormat kepada Tan Sri Azman Hashim dalam Majlis Konvokesyen UPM ke- 47 hari ini. 

SXKSOA~