SELAYANG - Kelab Mahasiswa Kimia dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Human Aid Selangor Society menganjurkan Program “Tinta Kasih 3.0: Setiap Pertemuan, Mencipta Kenangan” bagi memupuk minat anak-anak pelarian Rohingnya terhadap mata pelajaran sains.
Program itu diadakan di Sekolah Pelangi Kasih, Batu Caves, Selayang.
Dekan Fakulti Sains, UPM, Prof. Dr. Mohd Basyaruddin Abdul Rahman berkata aspirasi program itu adalah untuk memupuk minat anak-anak pelarian Rohingya terhadap mata pelajaran Sains.
Penasihat program, Prof. Madya Dr. Intan Safinar Ismail pula berkata program itu mengambil peluang mengajar anak-anak pelarian Rohingya mengenai Sains dari sudut Islam dalam aspek kebersihan.