Oleh: Noor Eszereen Juferi
Foto oleh: Mohammad Izrul Bin Abdul Jabar
SERDANG, 8 Mei - Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal meninjau proses pergerakan pulang pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) sempena cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri serta mengedarkan topeng muka dan hand sanitizer kepada mereka.
Beliau turut menyantuni beberapa atlet UPM antaranya pelajar Bacelor Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Ahmad Syukran Mohd Shahir (Lawan Pedang Pelapis Kebangsaan); Norshafiee Mohd Shah (Olahraga Pelapis Kebangsaan); pelajar Bacelor Pendidikan Jasmani, Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Muhammad Zaqwan Mohd Yusof (Olahraga Pelapis Kebangsaan); pelajar Bacelor Pendidikan Jasmani, FPP, Ag Kamil Soleh Abd Kadir; Luqman Nur Harith Azman (Hoki Pelapis Kebangsaan); Ezaino An Ignatius (Bola Pelapis UPM) .
Beliau juga beramah mesra dengan beberapa atlet pasukan ragbi UPM yang dikenali sebagai ‘Serdang Angles’ antaranya pelajar Bacelor Komunikasi, FBMK, Norshafiee Mohd Shah; Bacelor Pendidikan (Pendidikan Jasmani), FPP, Mohd Shobrey Amok, Muhammad Aidil Hakim Mohd Zamberi, Muhammad Akmal Hakim Nordin, Mohd Dzulhilmi Zulkanain, Muhammad Razman Ab Razak dan pelajar Master Sains Sukan, FPP, Faat Hor Rozi Ismail.
Senator Wan Ahmad Fayhsal turut memaklumkan kepada pelajar UPM mengenai fungsi Portal ebelia, http://ebelia.iyres.gov.my/ iaitu platform yang disediakan oleh Kementerian Belia dan Sukan serta Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) untuk memudahkan belia serta pelajar mendapatkan infomasi berkenaan peluang pekerjaan, penciptaan pekerjaan, dana dan kemudahan, serta latihan dan kemahiran yang sediakan dalam protal berkenaan.
Beliau berharap pelajar UPM akan terus mematuhi SOP ketika pulang ke rumah dan menyambut Hari Raya.
“Dalam kita menyambut Hari Raya saya berharap kita memberi komitmen sepenuhnya untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi membantu barisan hadapan serta sokongan moral kepada mereka, dengan duduk di rumah dan menggunakan teknologi untuk berhubung semasa Hari Raya,” katanya.
Sementara itu, pergerakan pelajar disusun secara berperingkat mengikut zon. Pelajar yang pulang ke Zon Utara (Pulau Pinang, Kedah dan Perlis) dan Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) bergerak pada 7 Mei, Zon Tengah (Selangor, Perak, Kuala Lumpur dan Putrajaya) pada 8 Mei, Zon Selatan (Negeri Sembilan, Melaka dan Johor) pada 9 Mei, manakala Sabah dari 7 hingga 12 Mei.
Pergerakan pelajar kembali ke kampus juga secara berfasa. Zon Utara (Pulau Pinang, Kedah dan Perlis) dan Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) pada 17 Mei, Zon Tengah (Selangor, Perak, Kuala Lumpur dan Putrajaya) pada 18 Mei,
Zon Selatan (Negeri Sembilan, Melaka dan Johor) pada 19 Mei, dan pelajar dari Sabah selewat-lewatnya 20 Mei. - UPM