???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Tengku Amir Shah seru semarak aktiviti penyelidikan pertanian yang beri manfaat masyarakat

 

SERDANG, 29 Nov – Pro Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, mengajak universiti menyemarakkan aktiviti penyelidikan dan penghasilan teknologi pertanian yang dapat dimanfaatkan oleh masyarakat.

 

“Sumbangan universiti dalam penyelidikan dalam menangani isu sektor pertanian akan memberikan impak yang positif kepada masyarakat dan memperlihatkan keunggulan tenaga pengajar dan graduan UPM yang berkompetensi tinggi,” titah baginda pada Majlis Konvokesyen ke-47 UPM Sidang 2 di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Keseniaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM, hari ini. 

 

Tengku Amir Shah berharap graduan UPM akan terus mencipta mekanisme baharu yang lebih praktikal serta pengusaha industri makanan yang mampu membawa perubahan kepada kecukupan bekalan di negara ini.

 

 

“Beta percaya graduan UPM adalah berkualiti dan para graduan perlu berusaha dalam bidang pekerjaan yang diceburi serta melakukannya dengan jujur dan berintegriti.

 

“Kecemerlangan UPM pada peringkat antarabangsa turut diterjemahkan antaranya pencapaian sebagai universiti paling lestari yang berada pada kedudukan kedua terbaik di Malaysia dan ke-25 ranking universiti terbaik Asia dalam penarafan QS World University Rankings 2024.

 

“Untuk penarafan UI-Greenmetric World University Rankings 2022 universiti turut cemerlang ke-25 dalam penarafan,” titah baginda.

 

 

Baginda menegaskan UPM sebagai Universiti Penyelidikan di Malaysia harus menyemarakkan aktiviti penyelidikan dan penghasilan teknologi oleh penyelidik UPM yang dapat dimanfaatkan oleh masyarakat.

 

Sementara itu, Tengku Amir Shah turut mengucapkan tahniah kepada para graduan yang berjaya menerima ijazah dan diploma pada Majlis Konvokesyen ke-47 UPM Sidang 2.

 

Ucapan itu turut sama baginda ditujukan kepada ibu bapa, keluarga serta pensyarah dan staf universiti yang mempunyai peranan besar dalam memastikan graduan universiti ini mencapai kejayaan yang bersejarah ini.

SXKSTAN~