???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Sukarelawan UPM bantu mangsa banjir Kota Tinggi

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari

KOTA TINGGI, 9 Mac - Seramai 23 sukarelawan Universiti Putra Malaysia (UPM) menghulurkan bantuan dengan menyumbang tenaga dan memberi sumbangan dalam misi bantuan pasca banjir di Kampung Kelantan dan Kampung Mawai, Kota Tinggi, Johor di sini, hari ini.

Ketua pasukan sukarelawan yang juga Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) UPM, Prof. Madya Dr. Omrah Hassan @ Hussin berkata pasukannya mula bergerak pada pukul 11.30 malam tadi.

"Seramai 99 orang penduduk yang kita santuni dan seorang pelajar UPM iaitu Alia Nasuha yang merupakan pelajar tahun satu, Fakulti Kejuruteraan UPM yang menjadi mangsa banjir di Kota Tinggi ini.

"Selain kerja-kerja pembersihan dan pencucian kawasan terjejas, kami turut memberikan bakul keperluan makanan buat penduduk di sini.

"Syukur 100 Bakul Rahmah telah selamat disampaikan kepada mangsa yang terjejas malah Tok Ketua Kampung Kelantan dan Pegawai Khas Parlimen YB Datuk Seri Khaled Nordin turut bersama dalam pemberian Bakul Rahmah kepada mangsa," katanya.

Tambahnya, semoga dengan bantuan yang diberikan ini dapat meringankan beban mangsa banjir di kedua-dua lokasi yang terlibat ini.

Katanya, misi ini turut mendapat kerjasama dari Pusat Islam UPM, Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Pusat Perhubungan Alumni, Kolej Pendeta Za'ba, Pusat Antarabangsa (i-Putra) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM. -UPM

 

SXMXEAM~