???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Sistem hidroponik Dutch Bucket tiada pembaziran baja dan kurang penyakit

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari
Foto: Sabri Omar

SERDANG, 21 Sept – Sistem penanaman hidroponik sudah tidak asing lagi bagi individu yang gemar bercucuk tanam tetapi tidak mempunyai ruang atau tanah lapang untuk berkebun.

Kebiasaannya penggunaan sistem tanaman hidroponik sering digunakan untuk menanam sayuran berdaun seperti salad, sawi, bayam dan kangkung.

Bagaimanapun, menerusi sistem hidroponik Dutch Bucket membolehkan untuk menanam sayuran berbuah seperti tomato, cili, terung, rock melon, timun dan lain-lain.

Menurut Pegawai Pertanian Fakulti Pertanian (FP) Universiti Putra Malaysia (UPM), Ts. Amir Taufiq Sabuddin berkata kelebihan sistem Dutch Bucket ini tidak akan menyebabkan pembaziran baja dan kurang penyakit berbanding tanaman secara fertigasi mahupun kaedah konvensional.

“Tanaman di tanah mudah diserang penyakit adalah kerana penyakit bawaan tanah itu sendiri manakala sistem Dutch Bucket memberi ruang pertumbuhan akar yang sangat luas untuk bernafas dan membolehkannya menjalani pertumbuhan yang sangat cepat untuk dituai kira-kira dua minggu awal daripada teknik tanaman biasa.

“Sistem fertigasi terus melepaskan air dan sekiranya tidak dikawal, pembaziran baja akan berlaku di situ namun melalui sistem pengaliran pembajaan Dutch Bucket akan berpusing sahaja pada salurannya malah menjimatkan kos pembelian baja memandangkan baja AB ini mahal.

“Sistem ini merupakan sistem tanpa tanah yang memfokuskan tanaman berbuah dan menggunakan bahan seperti sabut kelapa, tanah liat, dan boleh mengguna pakai pasu-pasu yang sudah pecah asalkan daripada tanah liat sebagai media,” katanya.

Tambahnya, sistem ini memberi galakan kepada semua masyarakat untuk bercucuk tanam di rumah menggunakan barangan terpakai seperti tong cat, baldi mahupun tong minyak sebagai tapak utama.

Harapannya agar lebih ramai individu menggunakan struktur sistem ini terutamanya penghuni komuniti bandar yang tinggal di pangsapuri dan rumah flat untuk menanam sayuran berbuah dan mempelbagaikan tanaman hidroponik selain sayur berdaun sahaja.

“Di Malaysia masih ramai yang tidak tahu penggunaan Dutch Bucket tetapi di Eropah memang menjadi amalan mereka menggunakan sistem ini dalam skala yang besar,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pegawai Pertanian FP UPM, Muhammad Syahrizan Saharudin berkata pemantauan drip pada Dutch Bucket perlu dipantau secara berkala bagi memastikan tidak tersumbat dan pam air berfungsi dengan baik untuk menyalurkan baja.

Uniknya, sistem ini juga memudahkan pemindahan tanaman daripada baldi ke baldi sekiranya hendak menukar jenis tanaman berbuah kerana bekasnya mudah alih berbanding polibeg yang perlu diangkat keseluruhan tanaman. -UPM

SXMWRAn~