???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Simposium Pensejagatan Internet bincang urus hutan bakau secara mapan

Oleh: Prof. Madya Dr. Natrah Fatin Mohd Ikhsan

SERDANG – Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama syarikat telekomunikasi Ericsson Malaysia Sdn Bhd dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menganjurkan Simposium Pensejagatan Internet dalam Ekosistem Bakau yang bertemakan Revolusi Industri 4.0 dalam Pengurusan Hutan Bakau secara Mapan.

Program itu adalah kesinambungan dari Academia-Industry Talent Exchange Programme (AI-xChange): Ceo@Faculty Programme 2.0 ‘Coached by the Pro’ musim kedua yang merupakan salah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan.

Melalui program itu, dua felo, Prof. Madya Dr. Natrah Ikhsan dari UPM dan Prof. Madya Dr. Ahmad ‘Athif Mohd Faudzi dari UTM ditempatkan di Ericsson Malaysia Sdn. Bhd selama enam bulan (September 2018 – Februari 2019). 

Simposium sehari itu menghimpun penyelidik daripada pelbagai bidang dan merangkumi topik seperti pensejagatan benda, diversiti dan ekosistem, pengurusan kualiti air, produksi perikanan dan perubahan iklim dalam persekitaran bakau.

Pelancaran majlis disempurnakan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM, Prof. Dr Zulkifli Idrus.

Simposium yang diadakan bersempena program ‘Connected Mangroves Challenge 2.0 Hackathon’ itu bertujuan untuk mendedahkan peserta mengenai penganjuran program ‘Hack for Good 2.0 Connected Mangroves Challenge’ yang juga akan dianjurkan oleh Ericsson, UTM dan UPM.

Program itu juga berhasrat untuk mendidik peserta mengenai isu dan cabaran terkini dalam ekosistem bakau dan memberi pandangan mengenai penyelesaian dalam permasalahan bakau menggunakan teknologi pensejagatan benda.

Selain Fakulti Pertanian, empat lagi fakulti di UPM iaitu Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Pengajian Alam Sekitar, Fakulti Sains dan Fakulti Perhutanan turut terlibat. Simposium itu juga dianjurkan bersama Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan dan Persatuan Perikanan Malaysia.

Pengarah program Prof. Madya Dr. Natrah Ikhsan, berkata simposium itu mendedahkan masyarakat awam mengenai kepentingan konservasi bakau untuk perlindungan sekuriti makanan.

“Hutan paya bakau merupakan habitat kepada pelbagai organisma dan penting sebagai penampan kepada fenomena alam sekitar seperti tsunami,” katanya.

Presiden Ericsson Malaysia, Todd Ashton dalam ucapannya menyatakan mengenai potensi penggunaan teknologi pensejagatan benda untuk pengurusan ekosistem bakau seperti penggunaan sensor untuk mengukur kondisi air dan tanah.  - UPM 

SXMWQAl~