???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

?€?Science Exploration Day?€? suntik minat murid prasekolah dalam bidang sains

Oleh: Noor Aida Shaheera Zulkafli

 

SERDANG, 26 Julai – Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan program ‘Science Exploration Day 2018' bagi menyuntik minat pelajar prasekolah dalam bidang sains dan teknologi.

Dekan Fakulti Sains, Prof. Dr. Mohd Basyaruddin Abdul Rahman berkata program itu adalah langkah awal bagi mengatasi masalah kekurangan pelajar dalam jurusan berkaitan Sains di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

“Situasi masa kini amat membimbangkan kerana dianggarkan hanya 26 peratus pelajar memilih jurusan berkaitan sains di universiti tempatan. Melalui program ini pelajar prasekolah mendapat pendedahan kepada teori sains secara interaktif untuk menerapkan minat terhadap sains,” katanya.

Beliau berkata kerancakan pelaksanaan program bidang disiplin SainsTeknologiKejuruteraan dan Matematik (STEM) oleh pelbagai pihak khususnya institusi tinggi membuktikan bahawa masyarakat mula menyedari kepentingan STEM dalam pembangunan negara.

“Program STEM yang sering dianjurkan hanya terhad kepada pelajar sekolah rendah dan menengah sahaja. Oleh itu kami mengambil pendekatan berbeza dengan memfokuskan pelaksanaan program ini kepada pelajar prasekolah,” katanya.

Pengerusi Program, Dr. Haslina Ahmad berkata, program ‘Science Exploration Day 2018’  yang kali kedua diadakan itu disertai 85 pelajar prasekolah Tadika Cahaya Ceria (Qdees) 16 Sierra bagi membantu membangunkan kemahiran pelajar prasekolah seperti koordinasi dan ketepatan.

“Pelajar ini teruja apabila kami melakukan eksperimen sains yang ringkas. Mereka suka apabila dapat memahami sesuatu kejadian dalam kehidupan seharian dan dapat menggunakan istilah sains untuk menerangkannya,” katanya.

Sementara itu, lapan pameran STEM dibuka bagi membantu kanak-kanak prasekolah memahami konsep sains asas seperti Kimia dan Fizik.

Mereka turut didedahkan kepada proses pembedahan katak secara langsung serta lawatan ke Muzium Biologi, Fakulti Sains. - UPM

SXMWQA6~