???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Saudara baharu dedikasikan PhD untuk ibu bapa yang tidak dapat hadir

Oleh: Azman Zakaria

SERDANG, 28 Okt - Penerima ‘Tokoh Saudara Kita’ sempena Maal Hijrah negeri Selangor 2016, Muhammad Adnan Pitchan, 32,  mendedikasikan ijazah Doktor Falsafah (PhD) yang diraihnya pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke – 42 hari ini kepada kedua ibu bapanya yang tidak dapat hadir.

 

“Ayah tidak dapat hadir kerana menjaga ibu yang sedang berterung dengan sakit jantung. Tapi saya tau, mereka berbangga dengan kejayaan saya hari ini dan merekalah pendorong terkuat untuk saya belajar,” kata Adnan yang bersendirian menerima ijazah PhD Komunikasi Massa.

 

Beliau yang berasal dari Sijangkang, Tanjung Karang, Selangor berkata minat terhadap Islam bermula sejak tingkatan tiga di SMK Teluk Panglima Garang, walupun mengikuti kelas Pendidikan Moral tetapi dia selalu bertanya kepada rakan-rakan Islam mengenai pelajaran agama Islam.

 

“Saya mula memeluk Islam pada tahun 2009 apabila mendengar lagu nasyid ‘Demi Masa’ nyanyian kumpulan Raihan.Saat itu tanpa menyedari air mata saya mengalir.

 

“Pada peringkat awal, ayah dan ibu tidak dapat menerima hakikat itu. Kira-kira dua bulan saya rasa seperti cuba disisihkan tapi saya terus beri penjelasan, bahawa walaupun masuk Islam, emak dan ayah tetap saya utamakan.

 

“Lama kelamaan mereka dapat menerima keadaan itu, malah mereka juga ada kalanya mengingatkan saya, adakah saya sudah menunaikan solat di rumah,” ujarnya yang mengakui sejak memeluk agama Islam, dia semakin rapat dengan ibu dan bapa dan kerap menghubungi dengan telefon lebih kerap berbanding sebelum memasuki Islam.

 

Antara hadiah yang Adnan terima daripada anugerah Maal Hijrah negeri Selangor pada 2016 ialah pakej mengerjakan umrah.

 

“Jadi, saya menunaikan umrah pada tahun 2017 dan antara doa saya di Tanah Suci ialah agar ibu bapa saya suatu hari nanti menerima hidayah,” katanya sambil mengesat air matanya. - UPM

 

SXMXDAK~