???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Sambutan Bulan Pendidik UPM 2020 dibuat secara maya

 

SERDANG, 9 Okt – Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan sambutan Bulan Pendidik sepanjang Oktober 2020 secara maya yang dirasmikan oleh Naib Canselor, Prof. Dr. Mohd. Roslan Sulaiman. 

Sambutan bertemakan “Teaching from the Heart: Fun Learning” itu menggambarkan pentingnya peranan pendidik dalam melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, ikhlas dan sepenuh hati supaya pelajar dapat menghayati pembelajaran dengan cara berkesan serta menggembirakan.

Prof. Dr. Mohd. Roslan menzahirkan pendidik sebagai “barisan hadapan” yang menjadi tunjang bagi melahirkan generasi berilmu, beretika dan mempunyai keutuhan jati diri yang merupakan nadi menggerakkan pembaharuan UPM ke arah yang lebih baik.

“Saya menyeru para pendidik UPM agar sentiasa bersedia menyahut cabaran untuk berubah ke arah yang lebih baik, sejajar dengan keperluan semasa.

“Antara aspek yang perlu ditingkatkan ialah jaringan global, termasuk kolaborasi serta kerjasama di peringkat antarabangsa yang dapat memberi manfaat yang besar terhadap pengajaran dan pembelajaran,” katanya.

Beliau berkata pendidik tidak boleh merasa selesa dengan cara berfikir yang jumud, sebaliknya harus bersedia mempelajari teknik terkini dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran pada era kecanggihan teknologi digital masa kini.

Beliau juga menyampaikan amanat kepada pelajar bahawa kecemerlangan pendidikan bukan hanya diukur pada markah serta gred, tetapi lebih penting ialah aspek pembangunan sahsiah diri pelajar itu sendiri.

“Gabungan antara kecemerlangan akademik dan pembangunan sahsiah diri, serta pengalaman pembelajaran yang ditimba selama menjalani kehidupan kampus boleh dimanfaatkan dalam kehidupan sebenar nanti,” katanya.

Katanya, UPM sangat menggalakkan kaedah pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning) bagi melatih serta memberikan pendedahan kepada pelajar supaya mereka dapat memanfaatkan pengetahuan serta kemahiran untuk faedah masyarakat.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), UPM, Prof. Ts. Dr. M. Iqbal Saripan; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Arifin Abdu, pegawai kanan Universiti dan warga pendidik serta pelajar UPM.

Penganjuran kali ini memfokuskan bidang tujahan utama UPM iaitu pertanian. Forum “Kecemerlangan Pertanian Melahirkan Usahawan” dan University for Society mengetengahkan perbincangan mengenai isu semasa berkaitan pemindahan ilmu dalam bidang pertanian kepada masyarakat.

‘International Putra InnoCreative Carnival in Teaching and Learning (PicTL) 2020’ pada 22 hingga 30 Oktober merupakan kemuncak aktiviti Bulan Pendidik yang memberikan pengiktirafan kepada pencipta inovasi untuk berkongsi pengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran.  – UPM

SXMXCA~