???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Sambung PhD bidang pelancongan tidak rugi, kembang kerjaya

SERDANG, 16 Oktober - Industri pelancongan mampu menjana pendapatan negara serta membuka peluang pekerjaan kepada rakyat.

 

Justeru, generasi muda kini mula berminat menceburi bidang ini dan ramai juga yang mahu melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang yang mereka minati itu.

 

Menurut pelajar yang baru mendaftar,  PhD (Keusahawanan, Hospitaliti dan Pelancongan), Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra Malaysia (UPM), Nantha Gopal Muniandy, 52, berkata, peluang pekerjaan dalam bidang ini terlalu luas dan banyak kemahiran serta ilmu yang diperlukan dalam industri pelancongan.

 

''Pada pandangan saya, belajar dan carilah pengalaman lebih kerana saya sendiri sambung PhD untuk mengubah persepsi masyarakat bahawa tidak rugi belajar kerana menyambung pengajian demi perkembangan kerjaya.

 

''Dengan pengalaman dalam industri pelancongan selama 33 tahun serta minat melancong ke negara lain, saya percaya dapat menyumbang kepada generasi muda akan datang dalam bidang pelancongan sebagai kerjaya '' katanya yang ditemui selepas Majlis Ikrar Pelajar Baharu Siswazah UPM baru-baru ini.

 

Sementara itu, pelajar baharu Master Keselamatan Proses dan Pencegahan Kehilangan, Fakulti Kejuruteraan UPM, Agustinnie Tukimin, 46, berkata, usia 40an bukanlah penghalang untuk menyambung pengajian ke peringkat tinggi.

 

''Saya ambil peluang untuk menyambung pengajian atas inisiatif sendiri bagi meningkatkan kualiti dan imej diri untuk dimanfaatkan dalam bidang pekerjaan.

 

 "Tidak semestinya saya sambung Master mahu menjadi pensyarah, tetapi saya ingin berkhidmat di dalam bidang ini dengan kepakaran dan pengalaman yang telah diperoleh selama ini,” ujarnya.

 

Seramai 1,090 pelajar baharu Pascasiswazah Universiti Putra Malaysia (UPM) sesi 2024/2025 hadir dalam upacara majlis ikrar dan taklimat pelajar yang berlangsung di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM hari ini.

 

Majlis ikrar pelajar baharu ini berlangsung serentak di UPM Serdang dan secara atas talian bagi pelajar baharu UPM Kampus Bintulu (UPMKB), Sarawak.

 

 

 

SXKSWA~