???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Projek Kelestarian Ekosistem Hutan Paya Gambut di Hutan Simpan Raja Musa Selangor

Oleh: Dr. Rohasliney Hashim

 

HULU SELANGOR, 20 Jan - Fakulti Pengajian Alam Sekitar (FPAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan projek komuniti Kelestarian Ekosistem Hutan Paya Gambut melalui pemindahan ilmu pengurusan alam sekitar kepada penduduk di Kawasan Hutan Simpan Raja Musa Selangor.

Ketua projek, Dr. Rohasliney Hashim berkata program bertujuan membantu komuniti setempat merangka mekanisme pemuliharaan dan pemeliharaan ekosistem paya gambut untuk meningkatkan kembali kualiti hutan paya gambut.

“FPAS, UPM berkolaborasi dengan Pertubuhan Sahabat Hutan Gambut Selangor Utara (SHGSU) serta Jabatan Hutan Daerah Hulu Selangor (JHDHU) dalam melaksanakna projek ini yang dibiaya oleh skim geran komuniti “Knowlegde Transfer Grant Scheme (KTGS) daripada Pusat Transformasi Komuniti Universiti, UPM,” katanya.

Katanya, melalui program itu diharapkan ahli SHGSU mempraktikkan teknik pemantauan kualiti alam sekitar dan kaedah pengurusannya bagi memastikan mereka boleh menjadi mata dan telinga kepada JHDHU dalam menjaga ekosistem paya gambut.

Antara pensyarah FPAS, UPM yang menghasilkan modul kaedah pemuliharaan dan pemeliharaan kelestarian ekosistem hutan paya gambut ialah Dr. Rohasliney Hashim, Dr. Nazatul Syadia Zainordin, Dr. Abdul Muhaimin Aminuddin dan Dr. Zufarzaana Zulkiflee.

Pojek komuniti itu juga melibatkan pelajar tahun dua dan tiga Bacelor Pengurusan Alam Sekitar.  Melalui penglibatan pelajar itu, mereka secara tidak langsung dapat memperkembangkan ilmu pengurusan alam sekitar yang dipelajari di FPAS. 

Projek itu merangkumi pengenalan kepada penggunaan alat pemantauan kualiti alam sekitar, teknik penyelidikan berkaitan pemantauan ke atas alam sekitar dan dianalisis dengan kaedah yang betul. 

Dengan cara ini, komuniti dapat menentukan tahap kesihatan persekitaran mereka.

SHGSU merupakan ‘resource person’ yang  lebih layak untuk menjalankan pemantauan kualiti alam sekitar kerana mereka berada di sana, dan lebih dekat dengan ekosistem paya gambut.

Penglibatan mereka dalam pemantauan kualiti alam sekitar akan memberikan sifat ‘sense of ownership’ kepada komuniti berdekatan.  Selain itu, pemantauan terhadap hutan simpan paya gambut dapat dilaksanakan sepanjang masa bagi memastikan kelestariannya. - UPM

 

 

 

SXMWQAx~