???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Program jaringan UPM, Kebun Bandar Komuniti Pasir Gudang tingkat kerjasama kelestarian pertanian

Oleh: Noor Eszereen Juferi
Foto oleh: Md Nasir Hussin 

SERDANG, 19 Januari – Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan program Lawatan Pembelajaran dan Penanda Arasan Kebun Komuniti Pasir Gudang bagi meningkatkan kerjasama kelestarian pertanian bersama peserta Kebun Bandar Komuniti Pasir Gudang.

Pengetua Kolej KOSASS UPM, Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad berkata jaringan tersebut membuka lembaran baharu bagi pelajar UPM untuk mendapat pendedahan pelbagai teknologi pertanian serta memastikan kesinambungan Projek Gempur Tani KOSASS di masa akan datang.

“Program ini adalah satu platform yang baik untuk pelajar UPM dan juga komuniti untuk melihat amalan pertanian yang dilakukan di UPM yang boleh diaplikasikan oleh peserta komuniti Pasir Gudang yang boleh dimanfaatkan.

Tambah beliau, pelajar UPM turut mendapat pemindahan pengetahuan untuk medapatkan informasi tambahan bersama peserta komuniti Pasir Gudang yang akan memberikan mereka nilai tambah dalam bidang pertanian ini.

“Walaupun pelajar yang terlibat bukannya mempelajari bidang pertanian namun ini akan menambahan pengetahuan mereka selain daripada ilmu yang mereka pelajari daripada bidang pengajian mereka,” katanya.

Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid berkata,  ini adalah sejajar dengan hasrat UPM sebagai ‘Menara Ilmu’  untuk melahirkan graduan berkemahiran insaniah, daya tahan dan pada masa sama pelajar UPM bijak menggunakan masa untuk mereka menggunakan sumber yang ada di UPM untuk mereka manfaatkan antaranya dengan adanya aktiviti pertanian di kolej kediaman.

“Ini secara tidak langsung pelajar boleh menjana pendapatan mereka melalui hasil pertanian yang dijual yang sedikit sebanyak membantu menampung pengajian pelajar serta pelajar UPM mendapat pengalaman dari segi bertani,” katanya

Ketua Penyelaras Kebun Komuniti, Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Norlina Muhammad berkat,  kolaborasi tersebut akan memberi manfaat kepada pihak komuniti Pasir Gudang bagi menimba ilmu bersama pakar UPM untuk memperkasakan kebun komuniti bersama Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG).

“Saya difahamkan KOSASS UPM telah melaksanakan aktiviti projek Gempur Tani KOSASS yang fungsinya sama seperti kami laksanakan di Pasir Gudang dan kami ingin mengetahui dengan lebih dekat apakah yang dilaksanakan oleh pelajar UPM yang juga adalah generasi muda yang akan menjadi kesinambungan untuk melaksanakan aktiviti pertanian pada masa hadapan,” katanya.

Pengarah Program, Assharaff Khan Abdul Khanan berkata, inisiatif ini adalah untuk mendapatkan perkongsian ilmu antara KOSASS UPM dan wakil komuniti Pasir Gudang untuk mempertingkat serta memperbaharui jenis tanaman yang boleh ditanam di kolej kediaman.

“Perancangan kami adalah untuk menanam beberapa tanaman lain iaitu sayur kangkung dan buah markisa yang telah ditanam oleh salah seorang peserta komuniti Kebun Bandar Komuniti Pasir Gudang dengan menggunakan kaedah tanaman baharu,” katanya.

Sementara itu. Projek Gempur Tani KOSASS merupakan program anjuran Majlis Perwakilan Kolej, KOSASS dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej bertujuan bagi melahirkan kumpulan yang terlatih dan mahir dalam bidang pertanian. - UPM

SXMWRA~