???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Program Bicara Hati sentuh hati pelajar hargai pancaindera

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari
Foto: Mohammad Izrul Abdul Jabar

SERDANG, 7 Jun - Program Bicara Hati anjuran Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menyentuh hati mahasiswa UPM untuk terus menghargai anugerah pancaindera yang telah dikurniakan sejak kecil.

Pengerusi program, Prof. Madya Dr. Nor Wahiza Abdul Wahat berkata mesejnya untuk menyampaikan suntikan inspirasi agar pelajar UPM lebih menghargai kurniaan Tuhan tercapai melalui program ini.

"Mesej yang hendak kami bawa kepada anak-anak muda khasnya pelajar UPM ini untuk menerima inspirasi tentang erti syukur dan redha dengan segala rezeki yang dikurniakan Tuhan. Kita bawakan tiga panel Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan untuk beri pelajar-pelajar UPM motivasi.

"Saya sangat gembira apabila melihat Dewan Besar pada malam ini dipenuhi oleh pelajar-pelajar UPM menyertai program ini serta berpuas hati melihat komen positif dan mesej kesedaran penonton di siaran langsung Facebook UPM," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) UPM, dekat sini, malam tadi.

Sementara itu, pelajar Bacelor Sains Operasi Pembuatan Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM) UPM, Nur Syamiera Sharuddin berkata beliau akan memastikan dirinya berusaha bersungguh-sungguh dan sentiasa bersyukur dengan apa yang dimilikinya.

"Saya akan menghargai rezeki yang Tuhan berikan terutamanya pancaindera saya. Saya sangat terinspirasi melihat tiga panel yang OKU buta ini boleh menguruskan diri dengan baik.

"Semoga suntikan kesedaran dan nilai murni keprihatinan serta empati akan terus dikembangkan dalam diri pelajar UPM," katanya.

Program Bicara Hati ini merupakan anjuran bersama Yayasan Nur Inspirasi dan Persatuan bagi Orang Buta Malaysia (MAB). -UPM

SXMWRAu~