???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Presiden Persatuan Badminton Perlis Tamat Pengajian Sarjana, Seru Atlet Malaysia Ke Menara Gading

Oleh Syasya Nur Sabiha Shahrudin

 

 

SERDANG, 1 Disember - Presiden Persatuan Badminton Perlis, A’amar Hashim, 43 menzahirkan rasa gembira dan syukur selepas berjaya menamatkan pengajiannya dalam Sarjana Sains (Sains Sukan), Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM).

 

Beliau yang juga merupakan Naib Presiden Persatuan Badminton Malaysia menekankan betapa pentingnya atlet-atlet Malaysia menyambung pengajian hingga menara gading.

 

“Atlet sepatutnya menyambung belajar hingga ke peringkat tertinggi kerana kitalah yang bertanggungjawab untuk menyambung legasi kepimpinan sukan di peringkat negeri dan juga negara.

 

“Maka, kita perlulah berusaha untuk membekalkan diri dengan ilmu yang mencukupi untuk membimbing atlet-atlet Malaysia yang akan datang.”

 

Sebagai seorang atlet badminton dari zaman kecil lagi, A’amar berkongsi bahawa pengalaman sepanjang pengajian ini membantu beliau untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin.

 

 

“Ilmu, nilai dan pengajaran yang saya perolehi sepanjang proses pengajian amat berguna dan relevan kepada hidup saya sebagai seorang presiden persatuan dan juga sebagai seorang pendidik.”

 

Beliau menjelaskan bahawa pakar-pakar sukan yang sedia ada serta kurikulum pengajian sukan yang relevan menjadikan UPM antara universiti yang sesuai bagi atlet dan pelatih sukan untuk kembangkan ilmu dalam bidang sains sukan.

 

“Saya mengharapkan semua atlet terutamanya atlet yang mewakili negara berjaya mencapai satu tahap pendidikan yang tinggi kerana atlet yang berpendidikan akan meningkatkan kepercayaan rakyat kepada atlet Malaysia.”

SXMWQAp~