???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

PKPB tidak halang pelajar Kolej 17 sumbang bakti

SERDANG, 23 Nov – Cabaran pandemik COVID-19 tidak mematahkan semangat pelajar Kolej Tujuh Belas (K17), Universiti Putra Malaysia (UPM) menyumbang bakti kepada komuniti melalui penganjuran program Can You See Your Future? (Steps To Uni @ INTESABER).

Program itu yang diadakan pada 19 November 2020 untuk pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam (INTESABER) dilaksanakan menggunakan pendekatan baharu webinar secara atas talian.

Program disertai 85 pelajar INTESABER yang berminat meneroka hala tuju selepas pengajian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), panduan membuat keputusan kerjaya dan merasai suasana sebenar alam universiti, khususnya UPM.

Program itu yang  dikendalikan oleh pegawai kaunseling dari Bahagian Kaunseling UPM, Ansarul Haq Tahrir Adli dilaksanakan dengan kerjasama Sekretariat Alumni dan Kerjaya, Majlis Perwakilan K17 diketuai Teoh Jiu Yang; Bahagian Kaunseling UPM,  INTESABER dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM.

Pengetua Kolej Tujuh Belas, Prof. Madya Dr. Jasronita Jasni yamg juga penaung program berkata, pengetahuan dan persediaan yang lengkap akan memudahkan pelajar membuat perancangan tempat terbaik bagi menyambung pengajian selepas SPM.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UPM, Prof. Dr. Arifin Abdu pula berkata program seperti itu merupakan platform untuk melatih mahasiswa mengenai konsep kesukarelawan melalui aktiviti kemasyarakatan sejajar dengan moto UPM ‘Berilmu Berbakti.”

Guru kaunseling INTESABER,Abdul Rashid Kefele menzahirkan ucapan terima kasih kepada UPM atas sumbangan bakti menganjurkan program itu walaupun dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), dan berharap peserta dapat mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari.

Webinar secara atas talian itu turut membawa impak besar dan pengalaman baharu kepada penganjur program komuniti dan diharapkan mahasiswa dan kakitangan UPM akan terus menyumbang bakti tanpa mengira keadaan demi kesejahteraan bersama. - UPM

SXMWWAc~