???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Perkukuh kesedaran keselamatan, kesihatan pekerjaan

Oleh Norazlin Mustapha

Foto Marina Ismail

SERDANG, 16 April – Semua staf Universiti Putra Malaysia (UPM) mesti terus memperkukuhkan kesedaran serta membudayakan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, kata Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris.

Katanya, ia bagi mencegah kemalangan serius di universiti.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MKKP) UPM dan menyertai Simulasi Pelan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP) DIMEX 3.0 UPM.

“Kesemua program dan aktiviti yang dijalankan pada sambutan MKKP ini bagi memenuhi keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 dan peraturan lain yang berkaitan,” katanya.

MKKP itu dianjurkan Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja UPM bertujuan memberi penekanan dalam mencegah kemalangan dan penyakit pekerjaan. Ia bertemakan “Hazard Psiko Sosial Di Tempat Kerja’’.

Sambutan yang berlangsung dari 13 hingga 19 April itu bersempena Sambutan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (KKP) yang disambut pada 28 April di seluruh dunia oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Ia juga bertujuan memperingati mangsa kemalangan industri dan penyakit pekerjaan oleh Kesatuan Sekerja di seluruh dunia.

Sementara itu simulasi PKP DIMEX 3.0 merupakan latihan menguji Manual PKP, Pelan Pemulihan Bencana (DRP) dan Pelan Komunikasi Krisis (CCP), dimulai dengan simulasi letupan dan kebakaran di Pusat Data iDEC Beta UPM, dan kemudian tindakan kecemasan diaktifkan.

Simulasi PKP DIMEX 3.0 diketuai Pengarah Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, UPM, Dr. Mohd Rafee Baharudin. - UPM

SXMWRAf~