???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Pengurusan tanah tanaman kelapa sawit

Oleh: Dr. Daljit Singh

 

KEMAMAN - Pengurusan ladang kelapa sawit merangkumi pelbagai aspek sains dan teknologi. Penghasilan minyak kelapa sawit berkait rapat dengan pengurusan penanaman yang bersesuaian.

Malaysia merupakan negara pengeluar minyak sawit kedua terbesar dan ia masih lagi menjadi sumber pendapatan penting untuk negara.

Sudah pasti dengan pengurusan yang betul, pembajaan secara berkala dan penuaian yang mengikut piawaian, akan membuahkan hasil yang tinggi kepada ladang kelapa sawit.

Bagi memastikan pokok kelapa sawit terus mengeluarkan hasil secara mampan, pemahaman dalam keperluan nutrien oleh tanaman ini adalah perlu. Setiap benda hidup termasuk pokok kelapa sawit memerlukan nutrien yang mencukupi dan seimbang untuk tumbuh serta berbuah.

Ladang Rakyat Trengganu Sdn. Bhd. (LRTSB) dan Jabatan Pengurusan Tanah, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan kursus “Pengurusan Tanah dan Keperluan Nutrien untuk Pokok Kelapa Sawit” di Cheneh Recreation and Resort, Bandar Cheneh Baru, di sini baru-baru ini.  Ia disertai 35 orang kakitangan pengurusan dan kakitangan sokongan Ladang Rakyat Trengganu Sdn. Bhd.

Ketua Eksekutif LRTSB, YM. Che Ku Hafeez Che Ku Denang berkata kursus itu bertujuan memberikan pendedahan kepada kakitangan syarikat yang mengendalikan operasi perladangan mengenai kesuburan tanah dan cara mengenalpasti keadaan tanah yang memerlukan perhatian.

“Maklumat ini adalah perlu bagi setiap peserta untuk memahami mengapa pentingnya penggunaan baja secara mampan sebagai faktor utama dalam memastikan tumbesaran kelapa sawit dan kualiti penghasilan minyak sawit sentiasa berada pada tahap yang optimum,” katanya.

Kursus pengurusan tanah itu meliputi aktiviti mengenalpasti profil tanah, pengukuran kesuburan tanah semasa dan kuliah oleh Pensyarah Jabatan Pengurusan Tanah, Fakulti Pertanian, UPM, Dr. Daljit Singh. Ia diadakan bersempena sambutan Hari Tanah Sedunia pada Disember ini. - UPM

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SXMWQA~