???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Penerima Biasiswa BYDPA 2024 berharap penyelidikan PhD dapat cipta ubat kanser

SERDANG, 18 Julai- Seorang daripada lima Penerima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2024 dari Universiti Putra Malaysia (UPM) berharap penyelidikan Pengajian Doktor Falsafah (PhD) dapat menemukan ubat kanser bagi pesakit kanser.


(Kredit foto: bernamaofficial)

Pelajar PhD, Farmakologi dan Toksikologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), UPM, Toh Shek Man, 25, berkata, beliau berharap dengan Biasiswa ini beliau akan sedaya upaya mencari penawar ubat kanser dalam kajian penyelidikan farmakologi.

"Ini kerana saya ingin melihat pesakit kanser dapat dirawat dengan penemuan ubat kanser dengan harga yang mampu dimiliki.

"Setiap insan itu berhak untuk mendapatkan rawatan yang wajar dan berkesan dalam meneruskan kelangsungan hidup.

"Saya akan memberi fokus yang sepenuhnya dalam penyelidikan yang sedang dilakukan dan menjadi seorang penyelidik yang dapat menyumbang ilmu dan kemahiran kepada generasi akan datang,” katanya.


(Kredit foto: bernamaofficial)

Sebelum ini, Yang di- Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Biasiswa BYDPA 2024 kepada 14 penuntut Pengajian Tinggi (IPT) di Istana Negara semalam.


(Kredit foto: bernamaofficial)

Penerima biasiswa BYDPA 2024, pelajar PhD Ekonomi, Sekolah Pengajian Ekonomi (SPE), UPM, Jankin Abd Rahman, pelajar Master Sains Produk Halal, Institusi Penyelidikan Produk Halal (IPPH), UPM, Nur Fatin Fitriah Nordin, dan pelajar Master Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM), UPM, Nur Addina Binti Mohamad Rosli.

Sementara itu, pelajar Master Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Fakulti Kejuruteraan, UPM, Ahmad Qayyum Fikri Ahmad Jazimin berkata, Biasiswa BYDPA 2024 merupakan perjuangan untuk dirinya bagi generasi masa depan bagi terus mengharumkan nama Malaysia.

“Saya menyeru kepada semua pelajar UPM untuk terus berusaha dan mengekalkan momentum dalam akademik seiring dengan kokurikulum.

‘’Jangan pernah lupa untuk bercita-cita, kerana cita-cita itu seharusnya diyakini agar ia menjadi nyata,’’ ujarnya.

SXMXDAN~