???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Pemelihara Hutan SISFEC galas cabaran besar banteras aktiviti pencerobohan

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari
Foto: Saleha Haron

SERDANG, 29 Julai – Menggalas tugas sebagai pemelihara hutan bukanlah sesuatu yang mudah kerana perlu bersedia dengan bahaya yang mendatang seperti ancaman binatang buas, kebakaran hutan, kepala air dan sebagainya.

Menurut Ketua Seksyen Sumber Alam Hutan, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS), Univeristi Putra Malaysia (UPM), Mohd Farhan Shahrin berkata tanggungjawabnya itu cukup besar dalam memastikan ekosistem hutan terus terpelihara selain menyimpan khazanah negara buat generasi masa hadapan.

Beliau mula berkhidmat sebagai pemelihara hutan sejak 2009 di Sultan Idris Shah Forestry Education Center (SISFEC) berkata cabaran utama memelihara hutan tersebut yang juga merupakan Hutan Simpanan Kekal (HSK) ialah membanteras pencerobohan orang awam memasuki kawasan berkenaan secara haram.

“Status hutan ini merupakan hutan tertutup namun pencerobohan oleh orang awam sering berlaku. Walaupun alasan mereka masuk untuk aktiviti rekreasi dan kesihatan namun ianya adalah salah di sisi undang-undang.

“Orang awam yang menceroboh masuk ke sini tidak tahu selok-belok kawasan ini menyebabkan mereka merosakkan habitat di sini termasuklah plot-plot penyelidikan kami. Ada yang meninggalkan sampah, kertas sebagai penanda laluan trek, dan sebagainya yang secara langsung memberi kesan pada alam sekitar di sini,” katanya.

Akibat kedegilan ini beliau berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat merekodkan bahawa hutan tersebut merupakan kawasan paling tinggi pendaki sesat di seluruh negara.

“Lanskap hutan akan berubah disebabkan hujan, pokok tumbang, banjir, kepala air, kebakaran hutan dan sebagainya yang menyukarkan pencarian. Hutan ini bukanlah untuk aktiviti rekreasi,” katanya.

SISFEC menawarkan aktiviti pendidikan, penyelidikan, pengembangan bahkan aktiviti penanaman semula hutan bersama industri korporat dan komuniti bagi mengekalkan kelestarian kehidupan flora dan fauna di kawasan berkenaan.

Tambahnya, lokasi hutan seluas 1182.07 hektar yang berada di tengah bandar Puchong juga sentiasa ditekan oleh pembangunan di setiap penjuru hutan.

“Ada juga yang hantar proposal untuk membina rumah di dalam kawasan ini dan ini merupakan antara salah satu tekanan dan cabaran buat saya serta 12 orang staf lain yang bertugas di SISFEC,” katanya.

Jelasnya, SISFEC mempunyai tumbuhan endemik iaitu merawan meranti namun, sekiranya kawasan ini dibangunkan bagi kegiatan pembangunan maka pupuslah tumbuhan tersebut di negeri Selangor.

“Oleh itu, usaha yang kita lakukan ialah menanam pokok ini serta pokok hutan yang lain melalui program penanaman anak pokok bersama komuniti bagi menjaga kelestarian pokok dan SISFEC.

“Sekiranya kawasan hutan ini diteroka menyebabkan khazanah alam yang sangat bernilai ini hilang dan merugikan kita semua sebagai komuniti. Kemusnahan hutan juga punca bencana alam,” katanya. -UPM

SXKSTAh~