???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Pasukan Olahraga UPM Juara VTF SIRKIT 1 2024

 

SERDANG, 25 Mac – Pasukan Olahraga Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menjuarai Varsity Track & Field (VTF) SIRKIT 1 2024 dengan merangkul 23 pingat emas, 5 perak dan 6 gangsa yang telah berlangsung baru-baru ini di Stadium Ipoh, Perak.

 

Pelajar Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), UPM, Muhammad Arsyad Md Saat dan pelajar Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), UPM, Azreen Nabila Alias dinobatkan sebagai raja dan ratu pecut

 

Muhammad Arsyad mengungguli acara 100 meter lelaki dengan catatan 10.73s dan Azreen Nabila (11.94s).

 

 

Selain itu, dua atlet UPM turut berjaya memecahkan rekod baharu kejohanan iaitu pelajar bachelor Komunikasi, Fakulti bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), UPM,  Andre Anura Anuar bagi acara Lompat Jauh Lelaki dengan jarak lompatan 7.55m mengatasi rekod lama kejohanan iaitu 7.43m.

 

Dalam acara larian 10,000m lelaki, pelajar Bacelor Pendidikan (Pendidikan Jasmani), Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), UPM, Dinesh Varma Selvam memecahkan rekod baharu kejohanan dengan catatan masa 34:23.97s mengatasi rekod lama iaitu 34:43.25s.

 

 

Kejohanan VTF 1 di Stadium Ipoh ini adalah merupakan sesi pemilihan atlet-atlet olahraga yang akan mewakili Pasukan Olahraga Universiti Malaysia ke Kejohanan Sukan Universiti Asean yang akan berlangsung pada 25 Jun hingga 6 Julai di Surabaya dan Malang Indonesia.

SXMWQAP~