???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

PASANGAN SUAMI ISTERI BERJAYA MENJADI GRADUAN UPM DI DALAM BIDANG PENGAJIAN MASING-MASING

Oleh: Nurul Qamarina
Pelajar Bachelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan

SERDANG, 25 November - Bagaikan suratan takdir apabila Dr. Fadzilah Abdullah bersama pasangannya, Mirza Zainudin bersama-sama menamatkan pengajian masing-masing pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) kali ke 47 pada hari ini. 

Dr. Fadzilah yang berasal dari Kuala Lumpur berkata beliau bersyukur kerana dapat melengkapkan pengajian peringkat Ijazah Doktor (PhD) Kesihatan Awam dari rumah kerana dapat meluangkan masa bersama keluarga. 

“Saya bersyukur dapat belajar sewaktu PKP kerana impian saya untuk menjadi suri rumah tercapai,” katanya. Beliau mengambil masa 17 tahun sebelum membuat keputusan untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Kedua-dua mereka menghadapi cabaran yang sama iaitu meneruskan pengajian mereka sewaktu Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) berlaku. 

Suaminya yang melanjutkan pengajian Master Kejuruteraan Persekitaraan berkata bahawa keistimewaan belajar pasangan adalah apabila mereka dapat berkongsi dan saling membantu antara satu sama lain walaupun berbeza pengajian.

“Dalam cabaran belajar tersebut, kami dapat peluang untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga,” katanya.

Beliau menggalakkan pelajar untuk terus melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi atas faktor perkembangan teknologi yang pesat. Dr. Fadzilah menambah untuk mencapai impian, kita perlu mula dengan langkah pertama kerana tanpanya, kita tidak akan kemana-mana.

SXMWEAO~