???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Pasak sambutan kemerdekaan

Oleh: Azman Zakaria

Foto: Noor Azreen Awang

 

SERDANG, 19 Ogos: Sambutan kemerdekaan mesti dipasak dengan pengisian bermakna bagi menyuburkan minda agar terus menginsafi amanah dan tanggungjawab mengisi kemerdekaan dengan sebaik-baiknya, kata Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman.

Beliau berkata, sambutan kemerdekaan tidak wajar menjadi sekadar sambutan yang bersifat datang dan pergi.

Prof. Dr. Mohd Roslan yang menjalankan menjalankan fungsi tugas Naib Canselor, berkata, seiring dengan tema Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia tahun ini ‘Malaysia Prihatin’, UPM beriltizam menjadi barisan hadapan yang cakna dengan cabaran mendatang yang semakin getir.

“Peranan UPM mesti melangkaui ‘pagar’ kampus agar kita sentiasa dirujuk, dihormati dan relevan,” katanya ketika melancarkan Kempen Hayati Rukun Negara dan Semarak Merdeka 2020, di sini.

“UPM telah membuktikan baru-baru ini dengan semangat yang tinggi, kita gagah mengharungi impak COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan jayanya melalui pengurusan risiko, inisiatif penyelidikan, inovasi produk dan pembangunan aplikasi serta advokasi awam yang mantap,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus menyantuni situasi sukar PKP.

Beliau berkata, kemerdekaan yang dicapai negara sejak 63 tahun lalu bukan bermakna perjuangan untuk generasi selepas merdeka telah selesai kerana cabaran sentiasa datang menguji ke arah menjadi sebuah bangsa dan negara yang kental.

Katanya, realiti masyarakat yang majmuk, mendorong agar rakyat lebih bertoleransi antara satu sama lain bagi mencapai makna perpaduan yang sebenar.

Katanya, usaha memupuk patriotisme dan perpaduan dilaksanakan sejak dahulu lagi dan Rukun Negara yang diperkenalkan pada 31 Ogos 1970 bertujuan memupuk dan mencapai keharmonian dan perpaduan kaum.

Justeru, katanya, apa juga wawasan, dasar mahukan hasrat yang dizahirkan oleh kerajaan, mesti disambut oleh masyarakat.

“Dalam hal ini, penghayatan yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia untuk merealisasikan tuntutan dan amanah yang termaktub dalam Rukun Negara sangatlah dituntut,” katanya.

Beliau berkata, UPM sangat komited untuk terus menjayakan program memperkukuh penghayatan Rukun Negara agar sebati dalam kalangan warga universiti, dengan menyusun program seperti Wacana Intelektual, Pertandingan Pidato Rukun Negara, Pertandingan Kongsi Cerita Rukun Negara, Pertandingan Menulis Esei, serta Kuiz Rukun Negara dan Kemerdekaan.

Dalam merancakkan lagi acara semarak kemerdekaan tahun ini, katanya, UPM bekerjasama dengan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Kementerian Pengajian Tinggi menganjurkan dua siri Bicara Kemerdekaan pada 4 dan 11 September.

“Sebagai institusi keilmuan, kita perlu menobatkan program-program seumpama ini kerana peranan kita bukan sahaja meneroka ufuk ilmu tetapi barisan hadapan yang menjuarai agenda pembangunan negara bangsa untuk kemakmuran bersama,” katanya.

Sementara itu, Prof. Dr. Mohd Roslan yang diumumkan sebagai Naib Canselor UPM kesembilan mulai 1 September ini, mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Noraini Ahmad atas kepercayaan yang diberikan, dan akan berusaha memikul amanah itu dengan sebaik-baiknya. - UPM

   

 

SXMWQA~