???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Pakar UPM: MAHA 2024 beri impak positif pendidikan pertanian kepada masyarakat

Oleh: Syasya Nur Sabiha Shahrudin

 

SERDANG, 22 Sept - Penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur, dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 telah berlangsung dari 11 September hingga 22 September lalu mendapat sambutan yang meriah telah berjaya dikunjungi hampir 5 juta pengunjung.

 

Menariknya, pada tahun ini MAHA meraikan ulang tahun ke-100 dengan tema “Menuai Harapan Membina Masa Hadapan” merupakan pameran pertanian utama dan terbesar di Asia Tenggara yang diadakan setiap dua tahun anjuran Kementerian Pertanian dan Keselamatan Makanan (KPKM).

 

Terdahulu, pameran MAHA yang pertama diadakan pada tahun 1923 kini MAHA telah berusaha untuk membina reputasinya sebagai pameran pertanian utama di Asia Tenggara.

Pegawai Pertanian Kanan, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Amir Taufiq Sabuddin berpandangan penganjuran MAHA masih relevan terutamanya pada zaman ini yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat.

 

“Sejajar dengan isu keterjaminan makanan yang menjadi agenda negara dilihat pameran kali ini menekankan inovasi sektor pertanian. Pada pameran kali ini teknologi terkini yang dipamerkan termasuklah baja, racun, dan produk pertanian yang inovatif,” katanya.

 

Pensyarah Jabatan Akuakultur, Fakulti Pertanian, UPM, Dr. Dania Aziz berkata MAHA merupakan platform untuk meningkatkan kesedaran awam kepada masyarakat mengenai produk tambah nilai dan proses pertanian.

 

“Sebenarnya pertanian diminati oleh pelbagai generasi sebagai contoh generasi lama lebih cenderung terhadap pertanian sebagai hiasan dan generasi muda lebih cenderung terhadap pertanian dalam sektor pengeluaran makanan,” katanya.

Dalam pada itu, pada pameran MAHA 2024 kali ini UPM mempamerkan pertanian bandaran yang sesuai digunakan oleh masyarakat bagi menyumbang kepada agenda sekuriti makanan negara.

 

Selain itu, turut ditampilkan 18 pakar penyelidik UPM sebagai rujukan masyarakat di Klinik Pakar Pertanian UPM bagi mempelajari ilmu pertanian sepanjang MAHA 2024 berlangsung.

 

Antara khidmat nasihat dan teknologi pertanian di reruai UPM termasuklah tanaman makanan (Sorghum), teknologi tisu kultur benih tanaman, pembajaan kompos, penternakan kelulut, pertanian bandar, pertanian dalam komuniti, pengembangan pertanian dan pembangunan luar bandar dan lain-lain.

SXMWQAi~