???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Pakar serangga terima AFNC UPM 2024

Oleh: Noor Eszereen Juferi

 

SERDANG, 28 Mei – Pakar Ekologi Serangga, Ts. Dr. Anis Syahirah Mokhtar terima  Anugerah Fellowship Naib Canselor (AFNC) 2023 Kategori Penyelidik Muda beri inspirasi untuk maju dalam bidang pertanian.

 

Ts. Dr. Anis Syahirah berkata, bidang pertanian sebenarnya amat diperlukan dalam industri sejajar dengan hasrat negara dalam memastikan keterjaminan makanan stabil untuk kecukupan bekalan makanan negara.

 

“Mungkin masyarakat memandang enteng dengan bidang ini yang sebenarnya adalah teras utama yang penting untuk kelangsungan hidup manusia sejagat dan dalam membekalkan bahan makanan untuk rakyat,” katanya.

 

Anak ketiga daripada lima beradik itu berkata, ibunya turut menjadi inspirasi beliau untuk mendalami bidang pertanian di Universiti Putra Malaysia (UPM).

 

“Sejak kecil saya telah didedahkan dengan bidang pertanian kerana sering mengikuti ibu, Dr. Sariam Othman yang menjalankan penyelidikan ketika berkhidmat di Pusat Penyelidikan Padi dan Tanaman Industri, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI),” katanya.

 

Selain itu, Ts. Dr. Anis Syahirah, 35, yang juga mempunyai kepakaran dalam bidang Ekologi Serangga berkata antara cabaran yang beliau hadapi sebagai penyelidik muda antaranya menghadapi persepsi beliau tiada pengalaman.

 

“Saya bersyukur berjaya menepis tanggapan tersebut dan turut mendapat bimbingan dari mentor saya iaitu Prof. Dr. Rita Muhamad dan melalui penyelidikan bersama saya telah berjaya menjalankan kajian berimpak tinggi,” katanya.

 

 

 

Beliau telah mengetuai sembilan projek penyelidikan dan sepuluh projek penyelidikan sebagai penyelidikan bersama melalui geran swasta dan antarabangsa, Fundamental Research Grant Scheme Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (FRGS-KPT), Geran Putra UPM (GP-UPM), Matching Grant UPM dan Geran Pembangunan Produk PSP UPM yang berjumlah melebihi RM1,000,000.00.

 

Ts. Dr. Anis Syahirah turut menjadi perunding kepada projek penyelidikan SAPPUTRA Nanoemulsion Formulation dan Thrips Infesting Chrysanthemums yang berjumlah melebihi RM300,000.00. Daripada projek ini beliau berjaya mendapat tiga paten nasional sebagai ahli dan satu paten antarabangsa sebagai ketua.

 

Pada tahun 2017 sehingga 2022 beliau telah menjadi penyelidik bersama Pembangunan produk SAPPUTRA dan MATADO yang berjaya memenangi anugerah di International Conference and Exposition on Inventions by Institution of Higher Learning (PECIPTA) dan International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX).

 

Dalam pada itu, beliau telah memulakan perkhidmatan di UPM sebagai pensyarah kanan pada tahun 2017 di Jabatan Perlindungan Tumbuhan, Fakulti Pertanian, UPM.

 

Harapan beliau untuk melihat ramai anak muda untuk menceburi bidang pengajian pertanian yang kini mempunyai pasaran kerja yang meluas dengan perkembangan dan penggunaan teknologi.

 

“Bidang pertanian masa kini adalah moden dan kepada anak muda yang mahu mendalami bidang ini anda perlu sabar dalam memperoleh ilmu dan percaya bahawa arah tuju kerjaya ini sangat luas,” katanya.

SXKSSA6~