???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Nenek Sumber Kekuatan Haikal Ubah Masa Depan

Oleh Syasya Nur Sabiha Shahrudin

 

 

SERDANG, 5 Oktober – Nenek menjadi sumber kekuatan dalam hidup seorang lepasan diploma yang menyambung pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM) demi mengubah masa depannya.

 

Pelajar Bacelor Ekonomi dengan Kepujian, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE), UPM, Muhammad Haikal Daniel Mohd Zainizam, berkata beliau ingin membalas jasa dan pengorbanan neneknya yang telah menjaganya sendirian sejak beliau masih bayi hingga dewasa.

 

“Alhamdulillah, saya nekad untuk menyambung pengajian bagi mengubah nasib kami berdua yang kurang berkemampuan disebabkan kemiskinan,” katanya.

 

“Hari ini, saya sepatutnya mendaftar di UPM menaiki GRAB. Namun, dengan bantuan ahli keluarga yang sudi menghantar, saya berjaya mendaftar di UPM bersama-sama nenek.”

 

 

“Saya berasa sangat sebak melihat nenek sanggup menghantar saya ke UPM walaupun keadaannya sangat uzur. Terima kasih nenek kerana sentiasa ada dalam hidup saya dan sering memberi semangat untuk saya lebih berjaya,” katanya ketika ditemui di Kolej Canselor hari ini.

 

Beliau yang menetap di Paya Jaras, Sungai Buloh berkata impiannya adalah untuk menjadi seorang penganalisis ekonomi seperti idolanya, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz.

 

Haikal, anak sulung daripada dua beradik, sebelum ini bekerja di sebuah kilang demi menampung kehidupan dan menimba pengalaman. Kini, beliau nekad untuk menyambung pengajian bagi menjadi contoh kepada generasi akan datang bahawa kemiskinan bukanlah penghalang kejayaan.

SXKSSAK~