KUALA LUMPUR , 31 Jan - Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah telah menghadiri Istiadat Melafaz dan Menandatangani Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Negara, hari ini.
Pada istiadat itu turut menyaksikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama.
Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan berkesempatan bertemu Menteri Pendidikan Tinggi, Dato Seri Zambry Abdul Kadir dalam majlis itu.
Terdahulu, pada 27 Oktober tahun lalu, Majlis Raja-Raja Ke-263 (Khas) berlangsung di Istana Negara sebulat suara mengisytiharkan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari tahun ini. -UPM