SERDANG, 7 Feb – Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Dato' Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkesempatan untuk beramah mesra bersama para pelajar sebelum menduduki peperiksaan akhir Semester 1 sesi akademik 2023/2024, hari ini.
![](/summer-uploads/20240208092149blobid0.jpg)
Dalam pada itu, beliau turut meninjau dewan peperiksaan di Dewan Kuliah Akademik Pusat (DKP) UPM bagi melihat proses kelancaran sistem peperiksaan di UPM yang sedang berlangsung pada minggu ini.
![](/summer-uploads/20240208092213blobid1.jpg)
Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM, Prof. Dr. Ismi Arif Ismail -UPM