???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) lancar buku haji terbitan UPM

Oleh: Noor Eszereen Juferi
Foto: Noor Azreen Awang

SERDANG, 28 Sept – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad melancarkan Buku “Ibadah Haji dan Umrah: Persekitaran, Risiko Penyakit dan Penjagaan Kesihatan di Tanah Suci” yang diterbitkan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM).

Senator Idris dalam ucapannya berkata buku kompilasi itu memberi fokus kepada persekitaran di Tanah Suci, pemakanan, risiko, komplikasi, jenis rawatan dan langkah pencegahan yang perlu diambil oleh jemaah agar sentiasa berada dalam keadaan sihat sepanjang mengerjakan ibadah haji dan umrah.

“Buku ini untuk memantapkan pengetahuan mengenai kesihatan diri, mengetahui jenis penyakit serta rawatan. Kandungan buku bermanfaat dalam bidang agama dan bergabung dengan ilmu kesihatan diri,” katanya.

Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Mohd. Roslan Sulaiman berkata UPM sentiasa memberi ruang serta peluang kepada semua ahli akademik dan staf pentadbiran termasuk pelajar untuk menghasilkan buku dengan menonjolkan kepelbagaian genre dan fokus mengikut kepakaran yang diterajui oleh UPM.

“Saya berharap ramai lagi penulis dalam kalangan warga UPM menghasilkan buku yang berkualiti untuk pembacaan umum serta menerajui peranan menyebarluas kesarjanaan kepada masyarakat di negara ini,” katanya.

Penulis buku “Ibadah Haji dan Umrah: Persekitaran, Risiko Penyakit dan Penjagaan Kesihatan di Tanah Suci” adalah dari UPM, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Penerbitan buku itu memberi fokus kepada Rukun Islam Kelima yang wajib dilaksanakan bagi individu yang berkemampuan manakala umrah adalah menziarahi Baitullah al-Haram pada bila-bila masa untuk melaksanakan ibadat tertentu dengan syarat-syarat tertentu. - UPM

 

SXMWPAn~