???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Mengimbangi Pengajian dan Keluarga: Kisah Kecekalan Irene Jebamalar

Oleh Syasya Nur Sabiha Shahrudin

 

 

SERDANG, 30 November - Tidak ramai daripada kita berpeluang untuk menjaga ibu bapa. Namun, apabila Irene diberi peluang untuk menjaga ibu dan ayahnya yang uzur, beliau tidak teragak-agak mengambil tanggungjawab tersebut.

 

Graduan Sarjana Pendidikan Psikologi Pendidikan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Irene Jebamalar Thumbarayan, 40, berkata dia sedar bahawa belajar sambil menjaga bapanya yang menghidap penyakit Parkinson dan ibunya yang uzur bukan suatu perkara yang mudah.

 

Irene yang telah bekerja sebagai seorang guru sekolah rendah selama 13 tahun berkongsi bahawa jadual harian beliau sebagai pelajar Sarjana sepenuh masa sangat padat kerana perlu membahagikan masa antara keluarga, pengajian, dan tanggungjawab peribadi.

 

“Saya pastikan keperluan ibu bapa saya tidak diabaikan walaupun saya sibuk dengan pelajaran dan hal rumah tangga. Jika ada temu janji hospital, saya cuba menyelesaikan tugasan lebih awal supaya tidak bertindih dengan masa yang diperlukan untuk keluarga.” kenangnya.

 

Walaupun beliau cuba bersikap tabah dalam menempuhi cabaran, Irene menceritakan bahawa ada saat-saatnya yang beliau terbeban dengan emosi.

 

 

“Saya sering menangis kerana memikirkan tanggungjawab saya dan bimbang tidak dapat menyiapkan tesis tepat pada masanya. Banyak kali saya meragui kemampuan saya untuk mengatasi cabaran ini.

 

“Suatu hari. saya memutuskan untuk mengubah cara pemikiran. Saya bertekad bahawa cabaran ini tidak akan melemahkan saya dan berjanji untuk memberikan yang terbaik dalam pengajian dan menjaga ibu bapa kerana saya sedar betapa pentingnya mereka dalam hidup saya.”

 

“Apabila anda rasa penat atau terbeban, ingatkan diri anda tentang matlamat anda. Saya percaya bahawa setiap cabaran yang kita lalui adalah sebahagian daripada rancangan Tuhan untuk membentuk kita menjadi lebih kuat dan lebih cekal.”

 

Kini, beliau berhasrat untuk terus memberi tumpuan kepada kerjayanya sebagai seorang pendidik, menggunakan ilmu dan kemahiran yang diperoleh sepanjang pengajian Sarjana untuk meningkatkan kualiti pembelajaran anak-anak muridnya.

SXMWCAQ~