???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Manfaatkan tanah terbiar di kawasan rumah sebagai ladang komuniti

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin

 

SERDANG, 19 Mac- Ladang komuniti telah diamalkan di negara luar sebelum ini dan Malaysia baru sahaja berkecimpung dalam mengusahakan ladang komuniti bagi memberi manfaat kepada masyarakat yang memiliki tanah terbiar sama ada tanah pinggir rumah atau tanah adat yang tidak diusahakan.

 

Di negara ini, ramai yang kurang tahu akan kepentingan ladang komuniti dalam sektor ekonomi. Walau bagaimanapun konsep ladang komuniti ini masih agak muda di Malaysia, namun tidak mustahil kepentingannya terhadap ekonomi dan alam sekitar negara ini secara langsung dan tidak langsung.

 

Pensyarah Kanan Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Daljit Singh Karam Singh berkata, pemilihan spesis tanaman untuk ladang komuniti perlu mengambil kira pelbagai aspek penting seperti keluasan tanah, dana, tenaga kerja serta kepentingan komuniti yang tinggal berhampiran ladang tersebut.

 

 

“Bagi menjayakan ladang komuniti, pihak kerajaan melalui agensi kerajaan, swasta serta perumahan perlu mengenalpasti kawasan yang bersesuaian serta membantu komuniti dalam menjaga ladang komuniti melalui program latihan mengenai cara-cara penjagaan ladang komuniti, sehinggalah penuaian hasil ladang komuniti sekiranya hendak dikomersialkan.

 

“Ladang komuniti tidak seharusnya terhad kepada tanaman sayuran mahupun kelapa sawit, ladang hutan yang terdapat di kawasan kejiranan sama ada di bandar atau luar bandar boleh dijadikan sebagai salah satu cabang penting ladang komuniti,” katanya.

 

 

Tambah Dr. Daljit Singh, tujuan utama ladang komuniti ini adalah bertujuan untuk menyediakan akses kepada komuniti kepada sumber pertanian seperti sayur-sayuran dan juga ternakan. Kebiasaanya ladang komuniti ini diadakan secara kecil-kecilan dan banyak komuniti setempat di Malaysia sudah menjadikan projek ladang komuniti ini sebagai aktiviti perniagaan.

 

 

Beliau berkata, terdapat pelbagai aktiviti komuniti setempat sama ada di kawasan bandar dan luar bandar seperti perkebunan dan perladangan. Di bandar, konsep kebun komuniti itu banyak kerana kesedaran kepentingan pertanian bandaran yang menjadikan kebun komuniti sebagai salah satu cara penduduk setempat di sesebuah kejiranan untuk bercucuk tanam sama ada untuk penuaian hasil sendiri atau dijual.

 

 

“Selain kebun komuniti, ladang komuniti juga merupakan salah satu bentuk pertanian yang penting dan banyak di kawasan bandar, cuma ramai yang tidak mengetahui mengenai ladang komuniti ini kerana ladang yang banyak dilihat adalah ladang kelapa sawit.

 

“UPM selaku universiti berlandaskan pertanian, mengusahakan ladang-ladang yang bukan hanya berfokuskan kepada penyelidikan, malah untuk tujuan penjanaan pendapatan. Para pelajar akan belajar pengurusan tapak semaian, pemilihan anak benih yang sesuai, penanaman, penjagaan, pengurusan perosak, penuaian sehinggalah proses penjualan produk ladang komuniti tersebut.

 

Sementara itu, pelajar Bacelor Sains Pengurusan Perladangan Dengan Kepujian, Fakulti Pertanian, UPM, Tamilarasan E Nagarajan berkata, sebagai persediaan pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan ataupun latihan industri, kami bukan hanya belajar pengurusan ladang kelapa sawit, ladang getah, ladang kelapa, ladang kopi dan pengurusan tapak semaian termasuklah perhutanan tani.

 

 

“Kami juga didedahkan kepada ladang komuniti yang lebih tertumpu kepada pokok-pokok hutan seperti ladang Eucalptus yang terletak di Kolej Tun Aishah Ghani (KTAG).

 

“Oleh itu saya mengharapkan agar tanah-tanah terbiar itu digunakan sepenuhnya untuk dijadikan sebagai ladang komuniti dengan tanaman-tanaman yang boleh menyumbang kepada sektor ekonomi negara kita,” katanya.

 

SXMWQAx~