???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Lumpuh separuh badan, tidak halang Clarissa lanjut pengajian

 

SERDANG, 5 Oktober- Fizikal cacat dan kehidupan seharian bergantung kepada kerusi roda tidak menghalang atlet memanah Para Sukma XXI Sarawak 2024 memulakan pengajian sebagai pelajar Bachelor Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian di Universiti Putra Malaysia (UPM).


Clarissa Fenia, 23, lumpuh separuh badan selepas kenderaan yang dinaiki bersama ahli keluarganya terbabit dalam kemalangan di Sarawak kira-kira sembilan tahun lalu.


Clarissa berkata, dia hilang keupayaan kekal pada usianya 14 tahun dan lebih menyedihkan dia sedang menginjak remaja dan aktif.

 


Katanya, kemalangan itu menyebabkan beliau lumpuh separuh badan, namun beliau dapat membuktikan bahawa dirinya juga boleh aktif serta berbakti kepada negara dengan mewakili Para Memanah Kuala Lumpur kategori Recurve berpasangan campuran pada temasya Para Sukma XXI Sarawak 2024 lalu.


‘’Walaupun tidak membawa pulang sebarang pingat, ia tidak pernah memadamkan semangat saya untuk terus berusaha dan berjaya dalam sukan memanah. Saya hadir ke UPM mendaftarkan diri untuk sambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda. Sukan adalah minat, namun pendidikan jangan pernah sekali diabaikan,’’ katanya.


Anak keempat dari lima beradik berkata, saya keluar merantau dari Sarawak dan berusaha mendapatkan pendidikan kerana dengan ilmu sahaja akan membuatkan kita lebih maju dan menjamin masa depan.

 


“Saya lakukan semua ini bagi membuktikan saya juga boleh berjaya seperti orang lain. Pada masa sama saya ingin menyuntik semangat kepada rakan-rakan lain supaya yakin pada diri sendiri dan cuba melakukan yang terbaik dalam hidup.


“Saya sedar tidak semua OKU berupaya membebaskan diri mereka dalam belenggu rasa lemah dan kurang yakin. Sebenarnya OKU juga boleh berjaya asalkan tidak putus semangat dan apa yang penting adalah keinginan untuk berubah,” katanya.

SXMTVAS~