???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

LEBIH 200 PESERTA SERTAI IFRC 2019

Oleh: Nisa Khairina Amirudin

 

PUTRAJAYA, 28 Ogos – Lebih 200 peserta dari pelbagai negara menyertai Persidangan Antarabangsa Penyelidikan Makanan (IFRC2019) di sini.

Persidangan dari 27 hingga 29 Ogos 2019 itu dianjurkan Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama Institut Teknologi Makanan Malaysia (MIFT), QSR Brands (M) Holdings Berhad, Malaysian Palm Oil Council, McDonald’s dan Nestle.

Bertemakan “Food Research: Bridging the Gap, Transforming the Future”, IFRC2019 adalah platform perkongsian ilmu melalui pembentangan kertas penyelidikan serta ruang komuniti saintifik dan akademia serta pihak berkepentingan untuk bertemu, bertukar idea serta meneroka sempadan baharu dalam bidang penyelidikan makanan.

 

Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Sim Tze Tzin ketika merasmikannya berkata, kolaborasi antara akedemia dan industri dalam penganjuran persidangan itu merupakan daya pemacu ke arah kemajuan dalam bidang penyelidikan makanan di Malaysia.

Katanya, beliau yakin IFRC2019 akan mencapai objektifnya dan pada masa yang sama, peserta juga memperoleh ilmu.

“Persidangan ini juga merupakan sebuah platform yang tepat untuk para peserta berkongsi dan meraikan pandangan khususnya dalam bidang penyelidikan makanan,” katanya.

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi, Prof. Dr. Zulkifli Idrus pula berkata, UPM merupakan universiti pertama yang menawarkan kursus Sains dan Teknologi Makanan, dan FSTM diberi tanggungjawab membangunkan modal insan yang menuju ke arah penyelidikan makanan dan inovasi.

Katanya, UPM akan terus mempertingkatkan usaha  memastikan sekuriti makanan, terutamanya menerusi pembangunan sumber manusia, pemindahan teknologi serta menjadi institusi penasihat mengenai pertanian dan dasar makanan dalam meningkatkan tahap kesediaan menghadapi cabaran dalam sektor pertanian.

IFRC2019 disertai penyelidik, akademia, saintis, mahasiswa, pembuat polisi, sektor swasta dan badan bukan kerajaan yang bertepatan dengan tema persidangan iaitu merapatkan jurang penyelidikan antara akademia dan industri dalam menghadapi cabaran penyelidikan makanan masa kini.

 

 

SXMXEAr~