???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Kisah di sebalik suara penyebut nama graduan konvokesyen UPM

Oleh Nurul Amiraa Mohamed Rafic dan Arivaasaran a/l Arjunan

SERDANG, 18 Nov – Cara dan intonasi sebutan nama graduan oleh ‘announcer’ pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) menarik perhatian ramai kalangan graduan dan ibu bapa graduan. 

Pegawai Tadbir Fakulti Kejuruteraan yang juga penasihat Kelab Pengacaraan UPM, Raja Muhammad Muzamier, berkata peluang menjadi announcer pada Majlis Konvokesyen UPM bukan sahaja mampu meningkatkan sahsiah diri dan meningkatkan kemahiran dalaman diri individu terbabit, malah boleh menceriakan dewan yang dihadiri ribuan orang.

Raja Muhammad Muzamier, 32, berkata, inisiatif awal penubuhan Kelab Pengacaraan di bawah kelolaaan Bahagian Hal Ehwal Pelajar itu adalah untuk mewujudkan organisasi rasmi yang menerima lantikan terus dari pihak atasan bagi acara-acara berprestij.

“Kelab Pengacaraan adalah antara kelab yang aktif di UPM dengan pelbagai kejayaan memberangsangkan seperti mewakili universiti ke persidangan antarabangsa dalam bidang pengacaraan formal dan tidak formal,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini announcer UPM adalah daripada kalangan pegawai sahaja tetapi sejak beberapa tahun lalu ahli announcer terdiri sepenuhnya daripada pelajar yang turut mencari pengalaman dalam bidang itu.

Sementara itu, graduan Bacelor Ekonomi dengan kepujian dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Nur Fatin Amirah Ahmad Rosli, 23, mempunyai cerita dan pengalaman menarik sebagai Announcer UPM selama empat tahun.

Katanya beliau mula menjadi ahli announcer pada tahun pertama pengajiannya, sebelum menjadi Setiausaha Kelab itu pada 2017, dan Presiden pada 2018 semasa tahun ketiga sehingga tahun akhir pengajian Bacelornya.

Menurutnya, beliau pernah menerima pujian daripada orang kehormat bidang pengacaraan mengenai suaranya yang disifatkan unik dan gaya penyampaian yang menarik.

“Bertugas di pentas berprestij sebegitu mendorong saya untuk menjadi ahli announcer dan jika berkesempatan, saya akan sentiasa mencurah bakti kepada kelab Announcer UPM walaupun setelah bergraduat,” katanya yang menjadi penyebut nama pertama pada sidang pembukaan Majlis Konvokesyen ke-41 UPM bersama Tuanku Canselor walaupun tidak memiliki sebarang pengalaman. - UPM

SXMXEA~