???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Kerja sebagai ketua chef wanita di L'APPRENTI UPM bukan sesuatu yang mudah

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin


Walaupun dihambat kesibukan sebagai seorang chef di L'APPRENTI Universiti Putra Malaysia (UPM) selama 12 hingga 14 jam sehari, namun pekerjaan ini sangat diminati oleh Diana Zakaria yang sanggup berada di lapangan demi memuaskan selera semua orang yang ingin menikmati setiap hidangan dengan sebuah kepuasan yang tidak dapat digambarkan.

Setiap hidangan yang lazat ini dihasilkan oleh seorang chef yang perlu bekerja seawal jam tiga pagi ketika semua orang masih tidur. Seorang ketua chef adalah individu yang menyiapkan hidangan bersama pasukannya dan mengorbankan masa tidur, masa bersama keluarga demi tugasan hakiki walaupun tugasan ini disandang oleh lelaki selalunya.

Wanita sebagai ketua chef

Beliau menyatakan bahawa sebagai seorang wanita, bidang chef ini amat jarang dipolori kerana tugasnya yang sangat berat dan memerlukan pengorbanan yang sangat besar apatah lagi sebagai seorang ibu dan juga isteri.

 

"Pada awal menceburi bidang ini, ianya bukan sesuatu yang mudah sangat memenatkan kerana memerlukan fizikal dan mental yang sangat kuat, kesabaran yang cukup tinggi untuk menjadi lebih cekap, teliti serta mampu melakukan pelbagai tugasan terutama ketika majlis besar berjalan.

"Selalunya di hotel-hotel dan majlis yang besar ketua chef di dapur adalah seorang lelaki manakala chef wanita di bahagian pastri. Namun berbeza dengan saya, saya adalah ketua chef di d L'APPRENTI di dapur juadah Asia dan juadah Barat,” katanya.

Baliau berkata pada Majlis Konvokesyen UPM itulah pengalaman yang begitu menguji beliau dan pasukannya. Ini kerana majlis ini dilangsungkan sebanyak  tiga sidang  iaitu pada bulan Januari, Mac, dan Novembar pada tahun lepas.

“Setiap sidang konvokesyen yang berlangsung pada tahun lepas, kami menyediakan sarapan pagi dan juga juadah tengah hari selama seminggu majlis berlangsung.

"Setiap hari kami perlu berada di dapur seawall jam 3 pagi untuk menyediakan makanan kepada petugas dan orang kenamaan. Dalam masa singkat kami semua perlu bertungkus lumus menyiapkan juadah dengan cepat dan menepati citarasa semua orang.

Tambahnya lagi, sebagai wanita yang menjadi ketua di dapur, tekanannya memang sangat tinggi bagi memastikan semua anak buah melakukan kerja dengan laju dan tangkas. Tekanan di dapur pasti ada kerana keadaan pada waktu itu dalam suasana kelam kabut.

Chef adalah ketua di dapur

"Seorang ketua chef adalah pemimpin yang memimpin pasukan di dapur peranan ketua chef untuk merumuskan dan melaksanakan standard keselamatan makanan yang boleh diterima oleh semua termasuklah resepi yang standard untuk semua hidangan. Piawaian ini perlu disampaikan dengan jelas kepada semua kakitangan dapur melalui program latihan yang betul.

“Kita boleh lihat sendiri semasa mereka menikmati makanan yang disediakan dengan tenang walaupun semasa penyediaanya banyak hiruk pikuk yang berlaku. Namun apabila sajian tersebut berjaya disiapkan ianya sebuah kejayaan yang sangat membanggakan dan puas buat kami semua.

 

Diyana telah bertugas di UPM selama 10 tahun turut berkongsi seorang chef itu adalah seorang ketua yang mengatur strategi dan aliran kerja di dapur dengan memberikan arahan kepada anak-anak buahnya untuk menyelesaikan sebuah hidangan, dan menyusun waktu dengan tepat untuk sebuah hidangan disiapkan.

“Realiti yang terpaksa diharungi semasa bekerja di restoran atau hotel amatlah mencabar sama sekali. Kekuatan mental dan fizikal amat penting lagi-lagi seorang wanita yang banyak melakukan pengorbanan,” katanya.

Kesimpulannya, sifat tabah, sabar dan bersungguh-sungguh perlu ada bagi mengharungi setiap tekanan yang sedia ada serta boleh menerima teguran dalam penyediaan semua juadah yang diilhamkan atau yang dipersembahkan pada setiap diri individu di luar sana. – UPM

SXKSTA~