???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Kembar Seiras Kejar Impian Bersama

Oleh: Ameesya Aghniya Ab Rahim

 

 

Nur Farrah Nadzirah Mohd Fadzli, 24, serta kembarnya Nur Fitrah Mohd Fadzli Nadhilah, 24, merupakan graduan Bacelor Sains Rumah Tangga dengan Kepujian dimana bidang ini adalah minat mereka berdua.

 

Pilihan kursus yang sama ini juga menunjukkan hubungan akrab mereka sebagai adik-beradik yang memerlukan antara sama lain dan tidak mahu berenggang.

 

Keputusan ini dibuat sebab minat dan juga memudahkan perjalanan kami berdua di universiti dan boleh bertukar pendapat dalam urusan pembelajaran

 

“Saya memang bincang dengan kembar saya dan dia bersetuju untuk mengikuti program ini bersama-sama.

 

“Ia juga untuk tidak menyusahkan ibu bapa kami kerana keluarga kami berasal dari Terengganu.

 

Selain itu, walaupun minat mereka menjurus kepada satu benda yang sama tetapi tujuan dan pandangan mereka tetap mempunyai perbezaan.

 

 

“Pada pandangan saya, bidang ini dapat mencipta persekitaran rumah yang lebih harmoni dan sihat dengan memberi fokus kepada aspek psikologi, sosial, dan fizikal dalam kehidupan seharian kita.

 

“Tujuan pemilihan bidang ini kerana saya ingin menjadi seorang guru atau seorang ahli perniagaan dalam dunia kulinari,” kata Nur Farrah.

 

Sesetengah pelajar mungkin memandang remeh atau kurang memberi perhatian kepada bidang ini kerana kekurangan pemahaman individu tentang nilai dan potensi kerjaya bidang Sains Rumah Tangga ini.

 

“Saya merasakan masyarakat perlu mengubah serta memperbaiki persepsi mereka mengenai bidang ini kerana kursus ini mampu meningkatkan kesejahteraan kepada masyarakat,” ujarnya.

SXMWQAW~