???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Kem Perhutanan 2021 dijalankan secara maya

SERDANG, 17 Sept – Seramai 124 peserta daripada kalangan pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dari seluruh Malaysia dan Brunei menyertai Kem Perhutanan 2021 (KH2021), yang diadakan melalui aplikasi Zoom dari 6 hingga 17 September lalu.

‘Kem Perhutanan 2021: Dinamik, Kental, Digital’ itu bermatlamat mendedahkan pelajar baharu yang berlainan latar belakang akademik kepada teori dan kemahiran asas perhutanan; membentuk kemahiran insaniah seperti kemahiran berkomunikasi, tanggungjawab sosial, profesionalisma dan kepimpinan.

Ia juga bermatlamat menerapkan amalan pengajaran dan pembelajaran (P&P) berfokuskan hasil pembelajaran dan berkonsepkan pembelajaran yang seronok (fun learning) yang berpandukan amalan Pembelajaran Berasaskan Konteks (Context-based Learning), Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (Student Centered Learning) dan Pembelajaran Pengalaman (Experiential Learning) menggunakan pendekatan modular.

Ia adalah program tahunan anjuran Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FPAS), UPM yang merupakan kursus wajib untuk pelajar program Bacelor Sains Perhutanan (BSH), Bacelor Sains Taman Dan Rekreasi (BSTR) dan Bacelor Sains Teknologi Perkayuan (BSTK), FHAS UPM.

Setiap tahun, kem itu diadakan di Pusat Pendidikan Perhutanan Sultan Idris Shah (SISFEC), Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong, Selangor, namun tahun ini dibuat secara virtual ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dan merupakan yang pertama seumpamanya di dunia yang dijalankan secara maya.

Majlis penutupan program disempurnakan Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), UPM, Prof. Dr. Ir. B.T.  Hang Tuah Baharudin dan dihadiri oleh tetamu kehormat dari agensi-agensi yang menjadi rakan kerjasama dan penaja Kem Perhutanan 2021.

Program turut mendapat kerjasama Malaysia Timber Council (MTC), UNESCO-IHP, Bayou Lagoon Park Resort Melaka, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), DUN Sarawak, Skytrex Adventure Sungai Congkak, Sawarak Forestry Corporation (SFC), Zoo Taiping and Night Safari, Argan Azalea Resources, Bangi Wonderland Themepark and Resort, Eclipse Green Sdn. Bhd., The Nest@MAEPS, Mahseer Chalet, FJ Group, Habbul Enterprise, Persatuan Arborist Malaysia (PArM), Malaysia Timber Certification Council (MTCC), Placestogo, Raintree Arborist Sdn. Bhd. dan Core Outdoor and Tactical.

Empat modul iaitu Modul Kemandirian Hutan yang terdiri daripada Persediaan Tapak Perkhemahan, Leave No Trace, Modul Kulinari Alam Liar dan Bantu Mula Kecemasan, serta tiga Modul Akademik, digarap ke arah mencapai matlamat program.

Modul akademik terdiri daripada Modul Ekosistem Hutan: Komposisi Tumbuhan Hutan dan Fungsi Iklim, Modul Komposisi dan Kepentingan Hidupan Liar, Modul Water Tale: From Cloud to Cup (dengan kerjasama SPAN dan UNESCO-IHP), Modul Inspirational Forest Gems (dengan kerjasama MTC) dan Modul Pelan Pembangunan Sebuah Pusat Rekreasi dan Ekopelancongan (dengan kerjasama Adun Sarawak dan Argan Azalea Resources).

Hadiah-hadiah pertandingan modul ditaja sepenuhnya Rakan Kerjasama dan Penaja KH2021.

Kesemua modul dikendalikan oleh staf akademik dan bukan akademik FPAS, UPM.

Pengisian berkaitan perhutanan juga dilaksanakan dengan penganjuran Webinar melibatkan penceramah dari Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), SPRM, MTCC, Bahagian Kaunseling UPM, Hospital Pengajar UPM (HPUPM) dan Alumni Kem Perhutanan yang dinobatkan sebagai Rimbawan dan Rimbawati sebelum ini.

Antara Anugerah yang disampaikan pada Majlis Penutup ialah Anugerah Rimbawan dan Rimbawati KH2021 serta Kumpulan Terbaik KH2021. - UPM

SXMXCAW~