???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Kelab MySTEM Ambassador UPM dekati murid sekolah, pupuk minat bidang STEM

Oleh: Ain Nabihah Mohd Padaliah dan Suhaili Md Zahar

 

SERDANG, 26 Ogos - Kelab MySTEM Ambassador Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan program Funtastic STEM 5.0 baru-baru ini bagi memupuk minat murid sekolah dalam bidang bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM).

 

Penasihat program, Prof. Madya Dr. Yap Wing Fen berkata, program yang telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Sawah Sempadan yang dihadiri 111 orang murid sekolah adalah bertujuan untuk merangsang minda pelajar untuk berinovatif.

 

“Saya berharap usaha ini dapat memberikan impak besar kepada dunia pendidikan dalam usaha meningkatkan jumlah murid yang mengambil aliran Sains dan memberi pendedahan kepada pendidikan STEM yang berkait rapat dengan silibus serta boleh diterapkan melalui aktiviti hands-on di luar kelas,” katanya.

 

Selain itu, program tersebut turut diadakan di Sekolah Kebangsaan Sri Tiram yang melibatkan 138 orang pelajar daripada Tahun 4 hingga Tahun 6. Antara aktiviti yang dijalankan di kedua-dua buah sekolah antaranya, STEM DIY, STEM Dance, Magic STEM, dan Racing STEM.

 

Guru Besar SK Sri Tiram, Mat Desa Idris berkata beliau sangat menghargai jasa warga Kelab MySTEM Ambassador melaksanakan program yang sudah lama dinantikan bagi meningkatkan penguasaan STEM dalam kalangan pelajar sekolah.

 

“Saya bersyukur kerana murid-murid sekolah ini diberikan peluang menyertai program tersebut bersama para fasilitator kerana jarang sekali bagi mereka diperkenalkan dengan program sebegini,” katanya.

 

 

Ketua Fasilitator, Muhammad Haziq Azaidi berharap penganjuran program ini dapat meningkatkan penerimaan murid sekolah terhadap subjek Sains dan mengasah kemahiran komunikasi Sains dalam kalangan fasilitator.

 

“Usaha murni ini diharapkan dapat menggalakkan penglibatan pelajar luar bandar untuk menceburi bidang STEM pada peringkat yang lebih tinggi kelak serta membantu merapatkan jurang pendidikan antara kawasan bandar dan luar bandar,” katanya.

 

Dalam pada itu, Kelab MySTEM Ambassador UPM turut menganjurkan program sukarelawan dengan melaksanakan aktiviti mengecat jambatan, menanam tumbuhan hortikultur serta membersihkan kawasan masjid berdekatan.

 

 

SXMWQA7~