???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Kasih Sayang Ibu Tiada Gantinya.

Oleh: Ameesya Aghniya Ab Rahim

 

 

 

Graduan Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan (Kepujian), Fakulti Ekologi Manusia UPM, Nisa Sahira Samsudin, 24, berasal dari Johor berkongsi hilang tempat mengadu ketika di penghujung pengajiannya.

 

Nisa kehilangan ibunya pada bulan Februari tahun 2024, pada waktu itu beliau berada di fasa tahun akhir pengajiannya.

 

“Kehilangan ibu saya sangat memberi impak kepada kehidupan saya kerana saya tidak bersedia untuk menghadapi situasi yang tidak dijangka,” katanya.

 

“Kehidupan saya berubah secara drastik apabila ibu saya jatuh sakit dan di waktu saya telah mendapat khabar bahawa dia telah meninggalkan saya selamanya, saya terkedu.

 

 

Pelbagai cara yang dilakukan oleh beliau untuk mengatasi rasa kehilangan itu serta tempat beliau meluahkan perasaan sebagai anak kepada ibu tersayang, tambah lagi perlu menumpukan perhatian dalam pengajian di saat akhir ini.

 

Beliau anak keempat daripada lima adik beradik dan ayahnya juga alumni UPM berkata keluarga dan kawan-kawan adalah tempat untuk beliau luah perasaan setelah hilang orang tersayang.

 

“Saya bersyukur kerana dapat sokongan yang luar biasa dari keluarga kerana memahami keadaan saya serta hormati keputusan saya semasa berulang-alik antara UPM dan Johor hampir setiap minggu , demi melawat ibu pada waktu itu,” katanya.

SXMWQA~