???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Karnival Jom Sains rangsang minat sains pelajar

Oleh: Dr. Yap Wing Fen

SERDANG – Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Karnival Jom Sains bagi merangsang dan memupuk minat masyarakat terhadap sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) yang berpotensi menjamin masa depan generasi muda serta ekonomi negara.

Program itu yang merupakan inisiatif Fakulti Sains UPM dan Majlis Profesor Negara dengan penglibatan UPM STEM serta beberapa agensi luar termasuk Petrosains, Zoo Negara, Young Scientist Network-Akademi Sains Malaysia (YSN-ASM), Malaysia Nature Society (MNS) menarik minat lebih daripada 60 sekolah rendah dan menengah dari seluruh negara.

Dekan Fakulti Sains UPM, Prof. Dr. Mohd Basyaruddin Abdul Rahman berkata, karnival itu merupakan satu platform terbaik bagi para akademik dan mahasiswa bertemu masyarakat di samping keseronokan ilmu sains yang dapat merangsang percambahan idea ke arah melahirkan generasi muda yang celik sains dan inovatif.

“Kajian mendapati pelajar mempunyai persepsi bahawa pembelajaran mata pelajaran sains amat sukar dan membosankan, dan kurang sokongan keluarga menyebabkan kepada penurunan peratusan pelajar yang meminati dan mengikuti aliran sains.

“Aktiviti karnvial sains sebegini ini diperlukan untuk terus merangsang dan memupuk minat pelajar terhadap STEM. Lebih penting adalah peranan ibu bapa untuk bersama-sama dengan anak-anak menerokai aktiviti sains yang mampu mendorong kepada minat dan pemilhan aliran sains,” katanya.

Melalui karnival itu juga, katanya, aktiviti pengayaan ilmu dan idea baharu serta teknik pedagogi sains terkini dapat diberikan kepada guru-guru agar sesi pembelajaran dan pengajaran sains di sekolah lebih interaktif dan mengujakan para pelajar.

Karnival itu hasil kerjasama warga fakulti iaitu antara pensyarah fakulti yang diketuai oleh Penysarah Kanan UPM, Dr. Yap Wing Fen, dan Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains (terdiri daripada Kelab Mahasiswa Fizik, Kimia, Matematik dan Biologi) yang diketuai oleh Mohd Anaz Syazreil.

Yap berkata, selain pameran dan aktiviti di dewan, pengisian karnival itu ialah cabaran luar dewan yang berkonsepkan sains, pertandingan video sains, komunikasi sains, olimpiad, aktiviti interaktif seperti pembedahan katak dan forensik yang berkonsepkan fizik.

“Program ini juga mampu melahirkan mahasiswa yang mempunyai kesedaran sains dan tanggungjawab yang tinggi terhadap komuniti dan masyarakat setempat,” katanya.

Mohd Anaz yang juga Ketua Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains UPM, pula berkata, aktiviti kesukarelawanan itu dapat menyumbang khidmat dan bakti kepada komuniti dan masyarakat melalui pemindahan dan transformasi ilmu.

“Menerusi program ini, saya berpeluang menurunkan ilmu yang saya pelajari di UPM kepada pengunjung. Saya juga dapat membantu pelajar untuk memahami konsep sains dengan betul dan seterusnya memupuk minat terhadap mata pelajaran ini,” katanya.

Program yang bertemakan “Science is Our Future” itu mendapat sambutan menggalakkan dan dianggarkan lebih 6,000 mengunjunginya. - UPM

 

 

SXMWPA3~