???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Kalau abah ada, mesti abah gembira-Izzlyanie

Oleh Syasya Nur Sabiha Shahrudin

 

 

SERDANG, 5 Disember - Remuk hati Intan Izzlyanie Abd Hamid, 24, apabila beliau merupakan orang pertama yang menemukan mayat abahnya yang terbaring dalam kereta selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya setelah membeli bahan untuk memasak kuetiaw goreng cina untuknya.

 

Intan yang merupakan graduan Bacelor Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling dengan Kepujian, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), berkata abah merupakan penyokong terbesar sewaktu beliau memulakan pengajiannya.

 

“Pada pandemik COVID-19 dahulu, setiap kali saya menduduki peperiksaan dalam talian di rumah, abah akan masuk bilik untuk memberi kata-kata semangat.

 

“Dia juga akan memeluk saya sambil mengucapkan tahniah ketika saya memberitahunya bahawa saya mendapat keputusan Kepujian Dekan untuk semester pertama dan kedua,” katanya.

 

Beliau yang merupakan anak ketiga daripada empat orang adik beradik menceritakan bahawa abahnya, Abd Hamid Osman, 62, kembali ke rahmatullah pada akhir tahun 2021 iaitu ketika beliau di semester ketiga.

 

“Waktu itu, saya berada dalam fasa kemurungan yang amat teruk sehingga saya hilang semangat untuk belajar. Penyokong nombor satu saya dah tiada jadi kenapa saya perlu belajar?

 

“Saya lemah sangat pada waktu itu, saya tidak mahu bergaul, tidak mahu bercakap, tidak mahu keluar bilik,” kenang beliau ditemui selepas Majlis Konvokesyen UPM Ke-48 Sidang 2 hari ini.

 

 

 

Intan yang tinggal bersama keluarganya di Cameron Highlands ketika itu berkata beliau mendapat semangat semula setelah ibu beliau mengenangkan usaha arwah untuk beliau sambung belajar.

 

“Saya tak nak sia-siakan usaha abah yang susah payah mendapatkan biasiswa untuk saya sambung belajar. Jadi saya terpaksa berubah cara pemikiran saya kepada yang lebih positif supaya saya dapat menjadi graduan kelas pertama.

 

“Walaupun proses mendapat balik semangat untuk belajar mengambil masa yang agak lama, saya bersyukur kerana sistem sokongan saya semakin bertambah.

 

“Abah Kakyang dah dapat apa yang kakyang nak selama ni. Kalau abah ada, mesti abah gembira sebab abah yang paling semangat nak datang konvokesyen Kakyang dulu, tapi sekarang abah sudah tiada. Jadi inilah hadiah terbesar yang Kakyang boleh bagi dekat abah. Abah doakan Kakyang berjaya untuk langkah seterusnya ya, Kakyang akan ingat jasa abah selalu.”

SXMWPAm~