???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Kak Gayah pilih bersara 31 Ogos, simbolik 'bebas' dari alam pekerjaan

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari
Foto: Noor Azreen Awang

SERDANG, 30 Ogos – "Kalau orang tanya, akak senang jawab merdeka seperti telah bebas daripada kerja hakiki."

Begitulah luahan pegawai protokol majlis rasmi Universiti Putra Malaysia (UPM) Rogayah Md. Yassin yang lebih mesra dipanggil sebagai Kak Gayah apabila mengulas berkenaan keistimewaan 31 Ogos ini dan persaraan beliau.

Katanya beliau tidak merancang untuk menamatkan khidmatnya pada tarikh kemerdekaan tetapi ianya menjadi sebagai simbolik dirinya bebas daripada alam pekerjaan.

Rata-rata warga UPM sudah pastinya mengenali sosok ceria wanita ini yang juga merupakan pegawai perhubungan awam UPM dengan Pejabat Istana Selangor.

Bercerita mengenai permulaan kerjaya beliau di UPM, Kak Gayah bertugas sebagai penyambut tetamu universiti yang pertama pada 1984 dan sentiasa disegani ramai kerana sikap ramahnya.

Komunikasi dan perkhidmatan beliau sentiasa disenangi dan sering dijadikan sebagai pakar rujukan dalam pengurusan majlis serta protokol.

Sepanjang 39 tahun khidmatnya di sini, beliau berkata, pelbagai kenangan manis yang sukar untuk dilupakan dan menganggap UPM sebagai rumah keduanya.

"Banyak masa yang akak habiskan di tempat kerja. Tambahan lagi bekerja di pejabat korporat ada kalanya perlu bertugas pada hujung minggu ataupun cuti am tanpa mengira pagi, petang atau malam.

"Akak memang seronok bekerja di UPM dan sayang pada universiti ini. Ada masa memang kita akan dimarahi terhadap perkara yang tidak dirancang tetapi boleh dikatakan kenangan di sini kesemuanya manis sahaja," katanya.

Beliau berkata sebagai pekerja sokongan cabarannya tidak sehebat ketua seksyen serta pegawai atasan namun dirinya tetap komited melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin.

Falsafahnya 'Ikhlas Berkhidmat dan Sayang UPM' diterjemahkan dalam penyampaian perkhidmatan berkualiti dalam membina reputasi unggul Perhubungan Awam UPM.

Mengimbau kenangan lama katanya, beliau tidak menyangka akan dianugerahkan sebagai Tokoh Pekerja kategori pelaksana pada 2018 kerana merasakan ada pekerja lain yang lebih hebat darinya.

Ibu kepada tiga orang anak ini berkata sesuatu pekerjaan perlu dilaksanakan dengan sempurna dan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan balasan.

"Apabila bekerja kita tidak perlu menunjuk dan jangan ada udang di sebalik batu. Sentiasalah merendah diri dan bersapa dengan siapa pun kita bertemu termasuklah tukang cuci dan bukan hanya perlu hormat pada pegawai atasan sahaja.

"Sekiranya menghadapi tekanan ketika bekerja, kita harus bertenang dahulu dan jangan terus menjadi panik.

"Kita juga perlu sentiasa positif, mengukir senyuman, muhasabah diri, dan berusaha untuk memperbaiki diri dari semasa ke semasa," katanya.

Bagaimanapun, beliau masih terbuka sekiranya terdapat pihak yang ingin mendapatkan pandangan serta khidmat nasihat atas pengalaman beliau di UPM.

"Kalau ada yang mahu hubungi untuk bertanya hal berkaitan pekerjaan akak masih boleh bantu dan akan cuba memberi khidmat nasihat mana yang termampu," katanya. -UPM

SXKSXAq~