???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Janji kepada Ibu, Membina Harapan Baru

Oleh: Ameesya Aghniya Ab Rahim

 

 

Nurul Hidayah Abdullah, 24, berasal dari Johor merupakan graduan Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian dan juga seorang anak yatim piatu yang mempunyai dua orang adik-beradik.

 

Hidayah kehilangan kedua-dua ibu bapanya pada waktu usianya sangat muda tetapi beliau menunaikan janji arwah ibunya yang ingin melihatnya belajar sehingga peringkat ijazah.

 

 

“Saya berjanji dengan mereka bahawa saya akan belajar bersungguh-sungguh dan mendapat ijazah juga satu hari nanti.

 

“Saya memilih UPM kerana suatu ketika dahulu apabila mahu ke Kuala Lumpur melawat saudara disini, bas kami akan melintasi UPM,” katanya.

 

Beliau teringat di waktu ibunya berkata, “nampak tak kolam itu, di situlah tempat orang pandai dan nanti kakak sudah besar, belajarlah di situ ya".

 

“Saya melanjut pengajian di bidang pendidikan ini atas hasrat ibu yang mahukan saya menjadi seorang guru,” ujarnya.

 

 

 

Sejak kehilangan ibu dan ayahnya, beliau beranggapan bahawa pengalaman yang  dilaluinya selama ini banyak mematangkan dirinya dalam membuat segala keputusan dengan mengubah nasib kehidupan.

 

“Semasa belajar, saya ada bekerja separuh masa di IOI City Mall demi memastikan sekurang-kurangnya mempunyai duit yang mencukupi untuk bulan tersebut.

 

“Pada waktu itu juga, saya mengejar tarikh untuk menghantarkan tugasan walaupun diri berasa keletihan,” katanya.

 

Hidayah pernah hampir membuat keputusan ingin berhenti belajar tetapi adiknya yang memberi kata-kata semangat untuk terus belajar serta membantu dirinya dengan memberi sedikit wang demi menampung kehidupannya semasa pengajian.

 

“Semangat dan janji saya kepada arwah ibu membuatkan saya terus berusaha dan menganggap akan ada sinar pelangi pada satu hari nanti,” ujarnya.

 

Menurut beliau, pengalaman serta cabaran yang dihadapi olehnya ini memberi kekuatan pada diri untuk berjaya serta mendapat senggulung ijazah.

SXMWQAl~