???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

INTROP UPM anjur webinar mengenai COVID-19, pembungkusan makanan

SERDANG – Seramai 196 peserta termasuk dari Amerika Syarikat, Brunei, Jepun, Korea Selatan dan Malaysia, menyertai webinar mengenai ‘COVID-19 and Food Packaging: Driving Trend of F&B Paper Based Packaging’, yang dianjurkan Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP), Universiti Putra Malaysia (UPM), baru-baru ini.

Ia membincangkan pelbagai isu berkaitan sektor kertas pembungkusan semasa pandemik COVID-19.

Tiga penceramah menghuraikan tiga topik berbeza. Dr. Ainun Zuriyati Mohamed @ Asa’ari dari INTROP, UPM bercakap mengenai ‘Rising Demand for Environmental-friendly Packaging to Mitigate Adverse Pandemic Impact’; Prof. Madya Dr. Nur Hanani Zainal Abidin dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, UPM berkaitan ‘Current Trends of Paper-based Packaging for Food Applications,’ manakala Prof. Dr. Rukman Awang Hamat dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM, mengenai ‘Food Poisoning Amid COVID-19 Pandemic: Public Favour or Fear?’ 

Moderater webinar itu ialah Prof. Madya Dato’ Dr. H’ng Paik San dari Laboratori Biopolimer dan Bahan Terbitan (BADs), INTROP.

Pandemik COVID-19 menyerang Malaysia awal tahun lalu, tatkala ia juga menjejaskan sektor industri di seluruh dunia.

Sektor kertas pembungkusan turut terjejas teruk, apabila berdepan kesukaran dan cabaran seperti isu kekurangan bahan mentah tatkala pemintaan yang begitu tinggi terhadap kertas bagi aktiviti e-dadang dan pembelian atas talian, terutamanya bagi pembungkusan makanan dan minuman.

Penghantaran makanan kepada pengguna juga menimbulkan kebimbangan mengenai jaminan keselamatan berkaitan infeksi.

Ini membangkitkan kesedaran di kalangan pengguna mengenai keperluan terhadap kertas yang direkabentuk dengan ciri-ciri atau elemen pintar dan keselamatan antimicrobial.

Seramai 56 peserta tempatan yang menyertai webinar itu adalah wakil daripada pelbagai syarikat, universiti, institut swasta, agensi, industri pulpa dan kertas, bank, institut penyelidikan, hospital dan politeknik.

Peserta berharap webinar serupa akan diadakan lagi pada masa depan. - UPM

SXMXCAK~