???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

International Day of University Sport terap budaya sukan di kalangan pelajar

Oleh: Faiz Hamzah

Foto: Mohammad Izrul Abdul Jabar

 

SERDANG, 20 Sept – Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan program International Day of University Sport (IDUS) untuk menerapkan budaya sukan di kalangan pelajar ke arah melahirkan pelajar yang produktif.

 

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata universiti sentiasa memberi sokongan bagi pelaksanaan program dan aktiviti sihat di kampus, serta akan meneruskan usaha menyediakan prasarana dan persekitaran yang baik untuk kegunaan warga kampus.

 

“Pencapaian akademik semata-mata tidak akan menjamin pelajar untuk diterima terus ke pasaran kerjaya tanpa adanya kemahiran tambahan kerana majikan pada masa ini memerlukan graduan yang berkemampuan tinggi,” katanya.

 

IDUS dilancarkan oleh Federation International of Sports University (FISU) pada 2016 dan diraikan pada 20 September setiap tahun. Ia diiktiraf oleh UNESCO.

 

“Program ini bertujuan mewujudkan kesedaran umum untuk mengamalkan budaya hidup sihat antara universiti dan komuniti setempat  dengan memberi tumpuan kepada program berbentuk sukan, aktiviti fizikal dan rekreasi,” katanya.

 

Program itu turut dihadiri pelajar UPM yang memeriahkan lagi acara senamrobik, walkathon dan kayuhan santai. Turut hadir Pengerusi Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM), Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan; Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM, Prof. Ir. Dr. M. Iqbal Saripan; Ketua Pustakawan UPM, Muzaffar Shah Hasyim; dan Ketua Pusat Sukan UPM, Dr. Hanafiah Ayub.

 

Presiden pelajar antarabangsa UPM, Musheer AlJaberi berkata beliau gembira dapat menyertai program itu kerana secara langsung beliau dapat mempelajari budaya Malaysia.

 

“Program ini sangat bagus kerana sebagai pelajar antarabangsa, saya dapat bergaul lebih rapat dengan pelajar tempatan. Saya berharap agar lebih banyak program sebegini dianjurkan dengan melibatkan pelajar antarabangsa,” katanya.

 

Pelajar Master of Applied Linguistics, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM, Iman El Kari berkata beliau teruja dengan program itu kerana terdapat pelbagai aktiviti sukan yang menarik.

 

“Ia sangat menyeronokkan... sorakkan daripada para pelajar membuatkan saya begitu bersemangat untuk menyertai aktiviti senamrobik dan kayuhan santai,” katanya.

 

Sementara itu, seramai 33 atlet dari UPM yang mewakili negara pada Kejohanan Sukan Asia Jakarta Palembang 2018, Ogos lalu masing-masing menerima penghargaan insentif berupa wang tunai RM1,000 yang disampaikan oleh Prof Dato’ Dr. Hassan Basri Awang

 

Antara atlet itu ialah Jonathan Wong (Menembak), Leong Mun Yee (Terjun), Zaidatul Husniah Zulkifli (Olahraga), Mohd Hakimi Ismail (Olahraga), Norliyana Kamaruddin (Olahraga), Johnatan Nyepa (Olahraga), Jacky Wong (Olahraga), Mohammad Siddiq Amir Jalil (Ragbi), Wan Izuddin Ismail (Ragbi), Muhamad Firdaus Tarmizi (Ragbi), Muhammad Ameer Nasrun Zulkeffli (Ragbi), Mohamad Khairul Abdillah Ramli (Ragbi), Ammad Dzafran Asyraaf Muhamad Zainudin (Ragbi), Muhammad Zyuraidi Abdul Majid (Ragbi), Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan (Hoki), Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi (Hoki), Fatin Syafika BT Mahd Shukri (Hoki), Hanis Nadiah Onn (Hoki), Nuraslinda Said (Hoki), Wan Nor Faezah Md Sauiti (Hoki), Mas Huzaimah Md Aziz (Hoki), Norazlin Sumantri (Hoki), Raja Norshahrina Raja Shahbuddin (Hoki), Siti Noor Amarina Ruhani (Hoki), Suriran Awang Noh (Hoki), Ahamd Lutfi Othman (Menembak), Muhamad Kamal Ishak (Sepak Takraw), Siti Nur Sarah Salehudin (Climbing), Phoon Eyien (Wushu), Tracy Ng (Gimnastik), Nur Aliya Ghapar (Memanah), Lee Yhing Huey (Renang Irama) dan Chong Wei Fu (Judo) - UPM

 

SXMWQAQ~