Oleh : Helena Pieary Juman
SERDANG, 2 Disember- Graduan Orang Kurang Upaya (OKU) menanam iltizam untuk menggenggam ijazah Pendidikan Sains Pertanian dengan kekurangan yang agar tidak menambat langkahnya untuk mencapai kejayaan.
Mohammad Izzamuddin Azuddin, 24, menamatkan pengajiannya dalam program ijazah Pendidikan Sains Pertanian dengan Kepujian di Universiti Putra Malaysia (UPM) sempena Majlis Konvokesyen yang ke-48 sidang 2 hari ini.
Beliau berkata kekurangan fizikal menggunakan kaki palsu tidak menjadi halangan untuk berjaya kerana minat terhadap bidang pertanian sudah mengalir sebati dalam dirinya
“Memang dari dulu lagi saya minat bidang pertanian, dalam masa sama saya juga bercita-cita untuk menjadi guru,
“Saya gabungkan minat dan cita-cita, dan mengambil keputusan untuk menyambung pengajian dalam bidang pendidikan pertanian,
Walau bagaimanapun, beliau juga tidak lari daripada menghadapi cabaran dengan kekurangan yang pada dirinya
“Saya juga banyak lakukan kerja lasak, turun ke ladang itulah cabaran terbesar sepanjang bergelar mahasiswa
“Saya berterima kasih dengan orang disekeliling banyak ambil berat tentang diri saya,
Tambahannya lagi, anak sulung daripada 5 adik beradik ini berharap beliau dapat menunjukan teladan yang baik dan dijadikan inspirasi kepada orang ramai untuk terus berjaya
“Kekurangan fizikal yang yang dialami oleh masyarakat senasib saya tidak pernah menyekat impian kami untuk terus maju seiring dengan rakan-rakan yang lain,
Oleh itu, teruskan perjuangan, cuba sedaya upaya, dan berfikiran positif. Semuanya atas diri kita sendiri.