???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

HSAAS UPM lancar pharmaBOX, beri kemudahan pesakit luar ambil ubat susulan

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari
Foto: Mozaid Idris

SERDANG, 25 Sept - Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) Universiti Putra Malaysia (UPM) melancarkan pharmaBOX iaitu sistem perkhidmatan ubat melalui mesin bagi memberi kemudahan kepada pesakit luar mendapatkan ubat susulan tanpa perlu ke kaunter.

Pengarah HSAAS UPM, Prof. Dr. Hamidon Basri berkata pharmaBOX membolehkan pesakit luar mengambil ubat susulan bila-bila masa dalam tempoh tiga hari selepas nombor pin diberikan dan akan beroperasi 24 jam.

"Pesakit boleh meletakkan kenderaan di parkir khas ditempatkan di Lobby Family Medicine Center (FMC) HSAAS selama 15 minit.

“Kemudahan ini membantu pesakit yang mengalami kesulitan masa untuk mengambil ubat,” katanya ketika sambutan Hari Farmasi Sedunia di sini, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof. Ir. Dr. B.T. Hang Tuah Baharudin berkata ahli farmasi memainkan peranan yang besar dalam pengurusan ubatan kepada orang ramai dan perlu menepati konsep 5B yang diperkenalkan.

“Amalan 5B adalah pengguna ubat yang betul, ubat yang betul, dos yang betul, cara pengambilan ubat yang betul dan masa yang betul.

“Pelancaran pharmaBOXdi bawah Jabatan Farmasi ini juga menambah baik perkhidmatan kepada pesakit sekaligus meningkatkan mutu kualiti perkhidmatan HSAAS,” katanya. -UPM

SXKSXAY~