???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Hayati Prinsip Kelima Rukun Negara dengan berhemah-Tan Sri Peter Chin Fah Kui

Oleh: Noor Eszereen Juferi

 

 

SERDANG, 5 Disember – Graduan diingatkan agar menghayati prinsip kelima Rukun Negara, iaitu Kesopanan dan Kesusilaan, khususnya ketika berkomunikasi di media sosial.

 

Pro Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Tan Sri Peter Chin Fah Kui berkata, bahawa komen-komen berunsur fitnah, cacian, dan hasad dengki, terutama yang membabitkan isu sensitif Diraja, Agama, dan Kaum (3R) perlu dielakkan.

 

“Sebagai graduan UPM, anda perlu menunjukkan kualiti pemikiran yang ilmiah dan berhemah. Perbuatan ini bukan sahaja boleh mencetuskan ketegangan malah turut merosakkan pemikiran generasi muda,” katanya.

 

Beliau juga berharap para graduan UPM melibatkan diri dalam perbincangan yang membina dan ia merupakan kualiti graduan yang diharapkan masyarakat sejajar dengan Pelan Strategik UPM 2021-2025 untuk Melahirkan Watak Graduan Berdaya Tahan Mendepani Cabaran Mendatang.

 

“Saya berharap, selaku alumni UPM yang matang graduan akan sentiasa menyokong usaha serta memperkukuh jalinan hubungan yang lebih erat dengan UPM,” katanya

 

 

Selain itu, beliau menyeru agar alumni terus menyokong universiti dan mengamalkan konsep kembali memberi dan memuji hasil inisiatif alumni UPM atas kejayaan projek Menara Putra Warisan Budi yang melambangkan kesatuan hati alumni UPM.

 

“Hari ini menjadi detik bersejarah buat graduan melambangkan pencapaian gemilang dalam pendidikan, permulaan tanggungjawab besar sebagai alumni UPM di mata masyarakat dan menjadi alumni yang prihatin kepada universiti,” katanya.

 

Tan Sri Peter Chin turut menzahirkan ucapan tahniah kepada ibu bapa, keluarga dan seluruh warga UPM yang telah memberikan sokongan tidak berbelah bahagi dalam kejayaan para graduan.

 

Dalam pada itu, seramai 6,056 graduan yang menerima ijazah dan diploma masing-masing pada Majlis Konvokesyen UPM ke-48 Sidang 2 di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM pada 30 November 2024 (Sabtu) hingga 6 Disember 2024 (Jumaat).

SXMTNA~