???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Graphene: Revolusi Teknologi Penyimpanan Tenaga dalam Kehidupan Seharian Kita

Oleh: Ameesya Aghniya Ab Rahim

 

 

 

Graphene adalah sejenis bahan karbon yang kuat, bersaiz nipis dan mempunyai keupayaan elektrik yang luar biasa, serta kemampuan penghantaran haba baik.

 

Tahukah anda? Penggunaan graphene sangat sesuai untuk aplikasi yang memerlukan pemindahan haba serta efisien bagi mengaplikasikan dalam teknologi yang fleksibel.

 

Pensyarah Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Lim Hong Ngee berkata penggunaan graphene dalam teknologi penyimpanan tenaga memberi impak kepada kehidupan seharian masyarakat melalui pelbagai cara, terutamanya dalam meningkatkan kecekapan tenaga dan menyokong kelestarian.

 

 

Menurut beliau, graphene berfungsi dalam meningkatkan reka bentuk bateri dan superkapasitor dengan meningkatkan ketumpatan tenaga serta mempercepatkan kadar pengecasan dan menggabungkan penyimpanan tenaga.

 

“Ini dapat menjimatkan masa pengecasan peranti elektronik serta memperbaiki kecekapan keseluruhan peranti,” katanya.

 

Selain itu, kenderaan elektrik (EV) yang menggunakan graphene membantu perjalanan jarak yang jauh serta mengurangkan kebergantungan pada bahan api fosil.

 

Graphene menjadi bahan pilihan utama dalam sistem tenaga kerana kebolehannya terhadap pelbagai teknologi serta keserasiannya dengan kaedah pembuatan sedia ada.

 

“Graphene dapat menyumbang kepada penukaran tenaga dengan meningkatkan ketahanan pemangkin dalam sel bahan api, memperbaiki pengangkutan elektron serta penyerapan cahaya dalam sel solar.

 

“Kekuatan graphene yang tinggi berbanding berat memudahkan dalam penyelesaian penyimpanan tenaga ringan,” ujarnya.

 

Cabaran dalam membangunkan bateri berasaskan graphene ini ialah kesukaran dalam mengekalkan kualiti semasa pengeluaran semasa skala besar, kos pengeluaran yang tinggi serta integrasi graphene ke dalam teknologi bateri sedia ada.

 

Walau bagaimanapun, graphene dapat membantu mengurangkan pelepasan karbon dalam sektor tenaga dengan meningkatkan kecekapan penyimpanan dan penukaran tenaga, sekaligus mengurangkan pembaziran tenaga.

 

Prof. Dr. Lim berkata, ciri-ciri keunikan yang ada pada graphene adalah kekonduksian luar biasa, kestabilan haba serta nisbah kekuatan kepada berat yang tinggi yang boleh menjadi pilihan untuk aplikasi tenaga berprestasi tinggi.

 

“Graphene juga dapat menyumbang kepada penyimpanan tenaga yang mesra alam, dengan melalui potensi kaedah pengeluaran yang mampan, kurang kehilangan tenaga dan keserasian dengan sistem tenaga yang boleh diperbaharui,” katanya.

SXMWQAN~