???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Graduan perlu punyai wibawa, integriti

Oleh Azman Zakaria

Foto: Marina Ismail dan Noor Azreen Awang

SERDANG, 17 Nov: Pro-Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Tan Sri Mohd Bakke Salleh mahu graduan memiliki serta mengamalkan sifat berwibawa, berintegriti dan menjalankan tanggungjawab dengan amanah.

Katanya, mereka juga perlu menjadi pemimpin yang terbaik dalam organisasi dan masyarakat.

“Apabila kita memiliki semua ciri hebat ini, maka dengan sendirinya organisasi, masyarakat dan negara akan hebat dan cemerlang,” katanya ketika berucap pada sesi keempat, Majlis Konvokesyen ke-43 UPM di sini hari ini.

Beliau berkata, graduan perlu menjadikan kejayaan menerima ijazah dan diploma sebagai motivasi untuk terus berjaya dalam hidup dan kerjaya.

Katanya, mereka perlu terus meningkatkan pengetahuan dan kemahiran diri, serta menjadikan kejayaan yang dicapai sebagai landasan untuk menyumbang secara lebih bermakna, kepada pembentukan masyarakat, peningkatan peradaban manusia yang lebih berkualiti, berintegriti dan bersinergi dengan alam persekitaran.

Tan Sri Mohd Bakke juga berkata, graduan perlu bersedia untuk terus memberikan sumbangan sejak hari pertama bekerja sebaik memasuki alam pekerjaan kerana mereka telah dibekalkan dengan segala pengetahuan dalam bidang masing-masing.

Selain itu, katanya, mereka juga perlu sentiasa mempelajari sesuatu yang baharu dengan cepat, dan mengambil segala peluang untuk menambah kemahiran serta kebolehan.

Katanya, graduan juga tidak boleh melupakan pengorbanan ibu bapa dan keluarga yang menjadi teras serta kekuatan kepada kejayaan yang mereka raih.

“Restu mereka, khususnya ibu bapa, amat penting dalam kehidupan,” katanya. - UPM

SXMXEAr~